fbpx
Now Reading
Bumbung Dewan IKIM Runtuh, 5 Kakitangan Cedera

Bumbung Dewan IKIM Runtuh, 5 Kakitangan Cedera

Insiden berlaku ketika beberapa orang kakitangan sedang membuat latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd Kamal Hassan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bumbung Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Jalan Duta, Kuala Lumpur dilaporkan runtuh pada pagi tadi (31 Mei).

DaIam insiden yang berlaku sekitar jam 11.55 pagi itu, lima kakitangan agensi badan kerajaan berkenaan dilaporkan cedera ringan.

Ketua Pengarah IKIM Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil dalam satu kenyatan berkata, insiden berlaku ketika beberapa orang kakitangan sedang membuat latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang dijadualkan pada 2 Jun 2023 di dewan yang sama.

Kakitangan di blok lain terdengar dentuman kuat

Jelas beliau, insiden tersebut turut disedari oleh kakitangan yang berada di blok yang lain selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Pihak IKIM mengambil langkah segera dengan mengalihkan mangsa di tempat kejadian, selain menghubungi pihak bomba, Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Mohamed Azam.

Namun menurut beliau lagi, IKIM tetap meneruskan operasi seperti biasa.

Untuk rekod, Dewan Besar IKIM dibina pada tahun 1993.

Sepanjang tempoh itu, beberapa penyelengaraan kecil telah dilakukan termasuklah menukar bumbung yang bocor.

Berikutan insiden itu, IKIM akan memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian bumbung runtuh itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.