fbpx
Now Reading
Kerana ‘Kekasih Dalam Talian’, Nelayan Hilang RM240,000

Kerana ‘Kekasih Dalam Talian’, Nelayan Hilang RM240,000

Melalui aplikasi WeChat, mangsa juga turut meminta suspek agar memulangkan semula wang yang dilabur namun ‘wanita itu’ memberi pelbagai alasan dan tidak membalas mesej mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benar kata orang, kerana cinta, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang dicintai bahagia.

Namun, cinta itu juga boleh membutakan mata dan hati individu sehingga sanggup mengorbankan segalanya terutamanya wang ringgit.

Begitu juga yang terjadi dengan seorang nelayan di Bagan Serai, Perak apabila kehilangan wang sebanyak RM284,450 akibat diperdaya oleh seorang wanita melalui penipuan scam atau Love Scam.

Perkenalan Melalui Aplikasi WeChat

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, detik perkenalan mangsa bermula melalui aplikasi WeChat sejak November 2022. Hubungan kedua-duanya menjadi erat setelah saling berhubung melalui aplikasi itu.

“Kekasihnya itu (suspek) telah menawarkan satu pelaburan mata wang kripto dengan menghantar pautan melalui aplikasi yang sama kepada mangsa dengan pulangan sebanyak RM200,000 sekiranya melabur RM30,000.

“Terpedaya dengan pujukan ‘kekasih’, mangsa telah mula membuat pelaburan itu dengan melakukan sebanyak 99 kali transaksi pindahan wang bermula dari Mac hingga 15 Julai tahun ini,” kata beliau.

Transaksi Ke 21 Akaun Berbeza

Mangsa juga dikatakan telah membuat transaksi wang ke 21 akaun berbeza yang diberikan oleh suspek.

Tindakan itu menyebabkan mangsa kehabisan wang namun suspek berkali-kali memujuk mangsa agar tetap membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan.

Melalui aplikasi WeChat, mangsa juga turut meminta suspek agar wang yang dilabur dipulangkan semula namun suspek memberi pelbagai alasan dan tidak membalas mesej mangsa.

Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kerian semalam (26 Julai).

“Mangsa kerugian sebanyak RM284,850 dan wang tersebut merupakan hasil wang simpanan mangsa termasuk pinjaman dari ahli keluarga, rakan dan majikan,” kata beliau.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dengan siasatan masih lagi diteruskan.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS PERAK : KES PENIPUAN _LOVE SCAM_ DAN PELABURAN MATA WANG _KRIPTO_ TIDAK WUJUD MELIBATKAN…

Posted by Polis Perak on Tuesday, 25 July 2023

Baca Artikel Berkaitan: Suri Rumah Kerugian RM64,000 Ditipu ‘Skim Pelaburan Artificial Intelligence’

Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Dipenjara 12,640 Tahun, Tipu Lebih 2,000 Mangsa Dengan Skim Pelaburan Simpanan Palsu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.