fbpx
Now Reading
Pesara Kerajaan ‘Hilang’ Lebih RM4 Juta Gara-Gara Ditipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud

Pesara Kerajaan ‘Hilang’ Lebih RM4 Juta Gara-Gara Ditipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, insiden bermula apabila pesara kerajaan itu telah menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, setiap minggu negara dihidangkan dengan kes-kes penipuan terutama yang melibatkan wang antaranya seperti pelaburan palsu.

Terbaharu, gara-gara mahu keuntungan berlipat kali ganda, seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM4 juta kerana terlibat dalam pelaburan mata wang kripto.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang berusia 60 tahun berhubung penipuan pelaburan itu pada 13 September 2023.

Terima Mesej Melalui Whatsapp

Tambah beliau, insiden bermula apabila pesara berkenaan telah menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali.

“Suspek kemudiannya memperkenalkan diri sebagai agen pelaburan yang berasal dari Singapura,” katanya.

Mangsa kemudiannya diterangkan mengenai plan pelaburan dan dipujuk untuk membuat pelaburan dengan mendaftarkan diri di laman web yang diberikan.

Telah Buat Lebih 90 Transaksi Dalam Tempoh Dua Bulan

Malah, dia turut dijanjikan dengan pulangan yang lumayan iaitu sekitar 5% hingga 10% daripada nilai modal, namun tempoh pelaburan tidak dinyatakan.

“Terpedaya dengan tawaran tersebut, bermula 18 Julai lalu sehingga 6 September 2023, mangsa telah membuat 90 transaksi bayaran berjumlah RM 4,417,092.80 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank yang diberikan.

“Namun begitu, mangsa gagal mengakses laman web berkenaan dan gagal menghubungi suspek pada 12 September,” jelasnya.

Ekoran daripada ini, pesara kerajaan berkenaan menyedari dirinya telah ditipu kerana tidak menerima keuntungan pelaburan yang dijanjikan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya

Amihizam turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan menyertai pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tinggi.

Beliau turut menyarankan agar semakan nombor akaun dibuat melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi.

Buat pengguna Android pula, anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Play Store di sini.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS BERKENAAN PENIPUAN URUSAN PELABURAN MATA WANG KRIPTO TIDAK WUJUD MELIBATKAN KERUGIAN RM4,417,092.80.

Posted by Polis KL on Wednesday, 13 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Untuk Elak Dari Menjadi Mangsa Scam

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kerugian RM31,638 Akibat Tertipu Dengan Scammer Hantar Saman Trafik PDRM RM50

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Tadika Berputih Mata, Wang Lebih RM1 Juta Lesap Akibat Pelaburan Yang Tidak Wujud

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.