fbpx
Now Reading
PRN: Ahmad Zahid Yakin PH-BN Menang Besar di Selangor

PRN: Ahmad Zahid Yakin PH-BN Menang Besar di Selangor

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yakin Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kerusi dan kerjasama daripada BN dapat membantu PH kekal mentadbir Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kurang seminggu sahaja lagi, hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu bakal berlangsung pada 12 Ogos.

Pada ketika ini, dapat dilihat kesemua gabungan parti dan wakil sedang giat melaksanakan kempen bagi meraih undi daripada pengundi-pengundi khusus di enam negeri tersebut.

Pelbagai manifesto telah dibentangkan yang pastinya dijangka bakal memberi manfaat kepada rakyat di keenam-enam negeri itu.

Malah, dengan manifesto yang ditawarkan, gabungan parti politik serta wakil yakin bakal meraih kemenangan ketika hari pengundian nanti.

Ahmad Zahid Yakin PH-BN Menang Besar Di Selangor

Seperti gabungan parti politik yang lain, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Selangor dengan majoriti yang lebih besar.

Beliau yakin Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kerusi dan bantuan serta kerjasama daripada BN dapat membantu PH kekal mentadbir Selangor.

“Saya jangka kita bukan sekadar mempertahankan kerusi namun mampu melebihi daripada kedudukan kerajaan Selangor terdahulu.

“Semua calon yang dipertaruhkan BN juga diharap membantu menyumbang pembentukan semula kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan kuasa mengundi kepada rakyat dan pada masa yang sama turut menitip pesan agar tidak menidakkan hukum Allah.

“Saya menasihatkan penyokong supaya tidak mendengar fitnah atau membuat perbandingan isu-isu tidak munasabah. Apa yang penting adalah kestabilan di Selangor dan kekal sebagai negeri perindustrian berteknologi tertinggi,” kata beliau.

Untuk info, gabungan PH-BN telah mengumumkan 52 tawaran dengan slogan ‘Kita Selangor’ yang merangkumi lima kerangka utama khusus buat warga Selangor pada 31 Julai yang lalu.

Antara tawaran istimewa yang ditawarkan oleh gabungan parti politik itu antaranya adalah 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak muda Selangor, 200,000 unit Kediaman Kita Selangor ditawarkan dengan harga bawah RM250,000 dan RM1,000 setahun diberikan kepada wanita bekerja bagi mengurangkan kos mengasuh kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: PRN: 100,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi Antara Tawaran PH-BN Kepada Rakyat Selangor

Baca Artikel Berkaitan: PRN: Ini Antara Manifesto Perikatan Nasional Untuk Rakyat Selangor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.