fbpx
Now Reading
Pakar Kewangan Saran ‘Tengok Dompet’ Sebelum Buat Keputusan Tambah Anak

Pakar Kewangan Saran ‘Tengok Dompet’ Sebelum Buat Keputusan Tambah Anak

Menurut Pakar Kewangan dan Hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad, semua pihak terutamanya KKM disaran untuk menggiatkan lagi kempen kesedaran tentang pentingnya untuk merancang kehamilan berdasarkan tahap ekonomi dan kemampuan pasangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kenaikan kos sara hidup sememangnya memberi kesan kepada individu dalam membuat keputusan tentang kehidupan seharian.

Ini kerana ia boleh mempengaruhi pelbagai perkara terutamanya berkaitan corak perbelanjaan bulanan isi rumah.

Oleh sebab itu pada masa kini, banyak pihak menyarankan agar orang ramai meneliti semula setiap keputusan yang dibuat terutama yang melibatkan kehidupan berumah tangga seperti memiliki anak.

Semua Pihak Perlu Giatkan Kempen Kesedaran Merancang Kehamilan

Menurut Pakar Kewangan dan Hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad, semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran untuk menggiatkan lagi kempen kesedaran tentang pentingnya untuk merancang kehamilan berdasarkan tahap ekonomi dan kemampuan pasangan.

Tambah beliau, kempen ini perlu lebih agresif ekoran daripada corak kehidupan masyarakat yang telah berubah disebabkan pembangunan pesat serta kos sara hidup yang tinggi.

“Memang ada saranan jarakkan kelahiran sebelum ini, namun ia hanya disampaikan petugas kesihatan daripada mulut ke mulut di klinik kesihatan dan impaknya kurang berkesan.

“Kempen ini perlu melibatkan pakar-pakar agama selain pakar perubatan, ekonomi dan psikologi. Kerjasama semua pihak ini penting sebagai ‘persediaan’ supaya tidak berlaku pertikaian terutama melibatkan hukum agama dalam kalangan masyarakat di kemudian hari.

“Justeru, kempen ini diharap dapat membantu kerajaan membangunkan ekonomi dan kesihatan mental rakyat, sekali gus melahirkan generasi sihat serta berkualiti,” katanya yang dipetik daripada KOSMO.

Saran Semak Dompet Terlebih Dahulu Sebelum Keputusan Tambah Anak

Tambah beliau, setiap pasangan perlu menyemak status kewangan atau ‘jenguk dompet’ terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menambah cahaya mata.

Ini kerana kelahiran yang tidak terkawal boleh menyebabkan individu berisiko berhadapan dengan masalah lain seperti tekanan emosi dan mental.

Malah, suami isteri terpaksa melakukan pekerjaan lebih daripada satu bagi menampung perbelanjaan bulanan hingga menyebabkan masa rehat dan waktu berkualiti bersama keluarga diabaikan.

Bilangan Anak Mengikut Kategori Pendapatan

Azizul berpendapat, kumpulan B40 yang tinggal di bandar utama sesuai memiliki seorang hingga dua orang anak.

Manakala, bagi kumpulan M40, bilangan anak yang sesuai adalah empat orang (maksimum) manakala T20 tiada had bilangan.

Beliau berkata setelah mengambil kira faktor kos sara hidup, kemampuan kewangan, rumah didiami dan jenis pekerjaan.

“Tanggapan bahawa ‘anak itu rezeki’ menjadi punca pasangan tidak mengawal jumlah kelahiran dan tidak mengambil kira ‘saiz poket’ mereka.

“Sudah tiba masa masyarakat memahami konteks sebenar ke­nyataan ini ketika kos sara hidup menjadi cabaran hebat bagi kebanyakan pasangan,” kata beliau yang dipetik daripada Kosmo.

Terdahulu, media pernah melaporkan kebanyakan pasangan muda menangguhkan hasrat memiliki cahaya mata disebabkan terbeban dengan peningkatan kos sara hidup selain komitmen kerja.

Malah, rata-rata menganggap pendapatan isi rumah bawah RM5,000 tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan dan simpanan terutama jika memiliki zuriat yang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Pasangan Muda Tangguh Hasrat Miliki Anak, Ada Yang Percaya Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Cukup

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tangguh Dulu Hasrat Berumah Tangga Jika Gaji Bawah RM1,500’ – Pakar Ekonomi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.