fbpx
Now Reading
Selepas Padam Kesemua Video, Sugu Pavithra Bakal Buat ‘Comeback’ Petang Ini

Selepas Padam Kesemua Video, Sugu Pavithra Bakal Buat ‘Comeback’ Petang Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam kami ada melaporkan yang pasangan Youtuber sensasi Sugu Pavithra telah memadam kesemua video yang terdapat di dalam saluran Youtube mereka dan membuat keputusan untuk meninggalkan dunia YouTube.

Perkara itu diputuskan memandangkan mereka tidak mahu lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Terbaru, mereka mengubah keputusan mereka dan bakal membuat comeback di saluran mereka pada petang ini selepas perbincangan dengan beberapa pihak selesai

Mengakui dia yang memadam kesemua video tersebut, Sugu bagaimanapun menjelaskan dia hilang sumber pendapatan yang lumayan daripada YouTube atas tindakan tersebut

Dia bagaimanapun akan terus bekerja keras demi punca pendapatan mereka.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya kepada Bernama di Ipoh, hari ini.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mennzahirkan rasa terima kasih kepada pengikut setia mereka yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebagai rekod Bernama merupakan media pertama yang melaporkan mengenai kisah pasangan berkenaan pada 8 Mei lalu, sewaktu mereka baru mempunyai 420,000 pelanggan.

Baca artikel berkaitan di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.