fbpx
Now Reading
“Dia Bukan Isteri Saya Untuk Saya Kayakan..”- Aliff Syukri Nafi Aniaya & Janji Beri Wani Comel Kekayaan [Video]

“Dia Bukan Isteri Saya Untuk Saya Kayakan..”- Aliff Syukri Nafi Aniaya & Janji Beri Wani Comel Kekayaan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan kosmetik Aliff Syukri hari ini tampil menafikan segala dakwaan yang mengatakan dia mengania dan mempergunakan gadis yang mempunyai masalah obesiti yang lebih dikenali dengan panggilan Wani Comel.

Jelas Aliff dalam satu sidang media petang semalam, segala tuntutan yang didakwa gadis itu secara dasarnya tidak pernah tertulis didalam kontrak yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Malah padanya Wani bukanlah isteri mahupun ibu bapanya untuk dijaga dan diberikan kemewahan.

Malaysia Dateline

“Saya sama sekali tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan. Untuk maklumat saya ada mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis.

“Dia bukan isteri saya bukan mak bapak saya untuk saya kayakan.

“Hanya untuk bantu dia berjalan agar dapat jaga ibunya yang sakit”

“Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu dirinya berjalan semula yang sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.

“Sebenarnya, saya memang tidak pernah menjanjikan kereta, rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,” katanya dalam satu sidang akhbar petang Isnin

Dalam pada itu Aliff yang mengetahui ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya, memaklumkan dia tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Saya mengalu-alukan saman anda”

“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu, berkenaan saman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,”katanya lagi.

Terdahulu, Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Alif selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu. 

Malah menurutnya dia seolah ditipu dan tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.