fbpx
Now Reading
“Ia Adalah Palsu” – Jabatan Penjara Nafi Wujud Layanan VIP Kepada Orang Ternama

“Ia Adalah Palsu” – Jabatan Penjara Nafi Wujud Layanan VIP Kepada Orang Ternama

Menerusi hantaran tersebut, individu ini mendakwa bilik penjara VIP mungkin menerima akses yang lebih berbanding orang awam biasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu perkongsian di Facebook mendakwa terdapat perbezaan layanan yang diberikan oleh pihak penjara kepada golongan VIP.

Kenyataan itu dikeluarkan seorang pengguna, ‘Deyo Adie sejurus Mahkamah Persekutuan memutuskan menolak permohonan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Baca artikel berkaitan : Najib Sah Ke Penjara, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Terakhir Kes SRC

Menerusi hantaran tersebut, individu ini mendakwa bilik penjara VIP mungkin menerima akses yang lebih berbanding orang awam biasa, bahkan kos makanan harian mereka juga mencecah RM150 berbanding RM30 yang diperuntukkan untuk penghuni biasa.

“Jangan terkejut , Bilik penjara VIP mungkin aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam. Diberi TV, Internet, buku, aircond dan katil tilam berkualiti tinggi. Makan dan minum harian pula kos tahanan VIP tak sama seperti banduan biasa atau orang awam.

“Bergantung pada permintaan banduan VIP tersebut, yang akan mohon melalui lawyer beliau. Dari segi kualiti bilik, akses dan keperluan harian. So kepada yang semua tengah sedih dan kecewa , jangan risau banduan VIP ni diberi layanan berbeza,” tulis individu berkenaan.

Perkongsian tersebut kemudiannya tular hingga sohor di semua platform media sosial selepas dikongsikan oleh banyak laman dan juga pengguna biasa.

Hantaran palsu

Peka dengan isu tersebut, Jabatan Penjara Malaysia kemudiannya tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Agensi berkenaan yang tampil menerusi satu hantaran di Facebook beberapa jam yang lalu menjelaskan hantaran berkenaan adalah tidak benar.

Sehubungan itu, mereka menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut.

“Hentikan penyebaran maklumat palsu,” tulis Jabatan Penjara sambil turut memuat naik hantaran tular berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.