fbpx
Now Reading
‘Tiada Keperluan Dakwa Diri Keturunan Nabi’ – Idris Ahmad

‘Tiada Keperluan Dakwa Diri Keturunan Nabi’ – Idris Ahmad

Menurut Idris Ahmad, umat Islam sepatutnya mendalami ilmu untuk menyayangi Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan mencintai al-Quran seperti yang diajarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat membahas isu mengenai seorang lelaki, Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Namun di sebalik dakwaan lelaki tersebut, tiada pencerahan atau jawapan dari pihak berwajib mengenai statusnya sama ada benar pendakwah ini berketurunan Rasulullah seperti yang didakwa

Baca artikel berkaitan: Terlewat Mohon Tauliah Punca Program Pendakwah Didakwa Keturunan Nabi Muhammad Dibatalkan

Tiada keperluan dakwa diri keturunan Rasulullah di khalayak ramai

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyatakan tiada keperluan bagi orang yang mendakwa dirinya berketurunan Baginda untuk memaklumkan identitinya di khalayak ramai.

Menurut laporan Sinar Harian, Idris berkata ia tidak mendatangkan sebarang kesan yang ketara jika bertemu dengan individu sedemikian.

Umat Islam sepatutnya belajar ilmu untuk menyayangi Baginda

Menurutnya, umat Islam sepatutnya mendalami ilmu untuk menyayangi Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan mencintai al-Quran seperti yang diajarkan.

“Sepatutnya kita bincang bagaimana untuk sayangi nabi, keluarga baginda dan baca al-Quran,” katanya.

Idris Ahmad yang Naib Presiden PAS itu berkata demikian selepas program Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam (18 Oktober).

Idris nasihat golongan yang taksub agar memahami ilmu asas agama

Pada masa sama, Idris Ahmad turut menasihatkan golongan yang dikatakan taksub kepada pendakwah berkenaan untuk memahami ilmu asas agama dengan betul.

“Yang penting, kita berselawat kepada nabi dan sayangkan keluarganya. Jangan kita hina isteri dan keluarga nabi, jadi bila ada polemik begini, ia menyusahkan semua orang,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan individu yang mendakwa dirinya berketurunan Nabi itu.

“Perkara ini banyak dibincangkan secara meluas tapi kita perlu buat siasatan yang adil. Saya percaya kredibiliti pegawai kita (JAIS),” ujarnya.

Tular di Twitter, JAKIM nafi ada membuat apa-apa kenyataan

Terdahulu, tular ciapan seorang pengguna Twitter yang menyatakan lelaki yang dakwa dirinya keturunan Baginda itu adalah seorang ‘scammer’.

Dia menerusi ciapan sama turut memuat naik satu kertas laporan yang menurutnya dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum menukarnya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) pula.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.