fbpx
Now Reading
“Mantap”- Lepas Tular Minta Edit Restoran Penuh Pelanggan, Kedai di N9 Diserbu Geng Konvoi Motosikal
Restoran viral

“Mantap”- Lepas Tular Minta Edit Restoran Penuh Pelanggan, Kedai di N9 Diserbu Geng Konvoi Motosikal

Zuriat turut berharap agar ramai lagi yang akan hadir ke restoran tersebut untuk memberi sokongan kepada pengusahanya selain menyatakan makanan yang disediakan juga sedap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang yang menjalankan perniagaan tentu akan menempuhi pelbagai cabaran untuk memastikan ia berjaya.

tidak dinafikan kita juga sering mendengar saranan bahawa mereka yang berniaga ini perlu mempunyai semangat dan mental yang kuat untuk meneruskan perniagaan mereka.

Namun apabila diuji pasti ada yang akan berasa kecewa, tetapi ia bukanlah alasan untuk terus dibelenggu dengan masalah tersebut dan perlu mencari jalan untuk keluar dari kepompong itu.

Tular pengusaha restoran minta sunting gambar kedai nampak seperti penuh dengan pelanggan

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang pengusaha restoran di Jempol, Negeri Sembilan yang tular di dalam grup Facebook Edit Apa Hari Ini pada Oktober lalu.

Pada awalnya dia hanya meminta gambar kedainya yang dikongsikan disunting agar premis itu kelihatan seperti dipenuhi dengan pelanggan.

Ini kerana, dia mengimpikan agar kedainya suatu hari nanti restorannya menjadi seperti kedai viral yang lain.

Baca artikel berkaitan: “Teringin Nak Tengok Ramai Pelanggan” – Permintaan Peniaga Minta Edit Gambar Kedai Makan Buat Ramai Sayu

Undang perhatian ramai sehingga dikunjungi oleh geng konvoi motosikal

Perkongsian itu bagaimanapun telah mengundang perhatian ramai termasuklah salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohamad Zuriat, 28, yang bertindak mengajak rakan-rakan motosikalnya berkonvoi ke restoran tersebut.

Menurut Zuriat, pada awalnya dia hanya memberi cadangan tetapi rancangan itu dijayakan oleh rakan-rakan yang terlibat.

Konvoi dari Bera ke Jempol untuk beri sokongan pada restoran tersebut

Jelasnya mereka berkonvoi dari Bera, Pahang hingga ke Jempol untuk memberi sokongan kepada kedai tersebut yang memakan masa perjalanan selama satu jam.

“Syukur Alhamdulillah dapat tolong penuhkan kedai Mehwan Gulai Kawah… minggu lepas viral tuan kedai minta suntingkan gambar orang penuh kedai, hari ini Allah aturkan kami datang penuhkan kedai.

“Makanan sedap-sedap yang mana teringin boleh cuba datang kedai sebelah hentian bas Bandar Seri Jempol.

“Terima kasih semua yang join semoga Allah permudahkan segala urusan korang,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Seramai lebih kurang 20 buah motosikal sertai konvoi ke kedai tular tersebut

Ketika ditanya berapa ramaikah yang menyertai konvoi tersebut, dia menganggarkan lebih kurang 20 buah motosikal.

“Kami rancang untuk pergi kedai tu lepas tengok kedai mak cik tu viral.

“Niat (kami) untuk tunaikan permintaan mak cik (mahu kelihatan ramai pelanggan) tu je sambil meriahkan kedainya.

“Kami cuma harapkan lepas viral akan terus ada sambutan,” kata lelaki itu kepada BuzzKini.

Sedih bila lihat pengusaha minta editkan gambar untuk nampak penuh, rancang akan datang lagi

Zuriat dalam masa sama turut menyatakan bahawa dia berasa sedih apabila melihat hantaran peniaga tersebut untuk meminta kedainya nampak penuh dengan pelanggan ia menunjukkan mereka menaruh harapan yang tinggi.

Tambahnya lagi, jika ada rezeki mereka mungkin akan kembali lagi ke kedai tersebut tetapi membawa lebih ramai lagi rakan-rakan.

Dia juga berharap agar ramai lagi yang dapat membantu perniagaan pengusaha restoran tersebut.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji apa yang dilakukan oleh Zuriat dan rakan-rakannya serta mendoakan agar mereka semua dimurahkan rezeki.

‘Macam ni baru betul terbaik’

‘Mantap’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.