Tular Video Lelaki Dituduh Sebagai Scammer, Adik Tampil Perjelas Hal Sebenar [Video]
Menurut adik kepada penunggang motosikal itu atas nasihat daripada peguam dan ahli keluarga, satu laporan polis telah dibuat selepas percaya dirinya difitnah dan dilabel sebagai scammer.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu video dashcam di Twitter memaparkan aksi seorang penunggang motosikal yang didakwa sebagai scammer.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Most Viral Malaysia, kelihatan penunggang motosikal yang pada awalnya berada di laluan tengah sebelum bertindak menukar kedudukan motornya di bahagian kanan sewaktu menunggu lampu isyarat merah.
Lelaki itu kemudian mengundurkan motosikal sehingga melanggar di bahagian hadapan sebuah kereta yang berada di belakangnya. Dia lalu turun dari motosikal itu dan kelihatan seperti berlaku pertelingkahan antara penunggang motosikal dengan pemandu kereta berkenaan.
Dapat pelbagai reaksi dari orang ramai
Perkongsian itu bagaimanapun turut mendatangkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada di antaranya yang kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut.
Ada juga yang menyatakan tindakan penunggang itu seolah-olah sengaja untuk mendapatkan pampasan dari pemandu berkenaan.
Adik tampil beri penjelasan isu sebenar
Sedar perkara itu mendatangkan pelbagai reaksi yang rata-ratanya marah dengan keadaan tersebut, adik kepada penunggang itu kemudian tampil untuk memberi penjelasan.
Menurut adiknya yang juga dikenali sebagai Zarry Zulkifli, abangnya itu mengundurkan motor kerana mahu mengelak dari dilanggar dan secara tidak sengaja terlanggar sedikit nombor pendaftaran kereta terbabit.
“Kemudian dia perasan dia terlanggar sedikit nombor plat kereta putih di belakang, terus pemilik kereta tersebut keluar bersama kayu memaki hamun dan keluarkan kata kesat kepada abang saya.
“Abang saya cuba terangkan dan tunjukkan kepada dia bahawa tidak ada sebarang calar atau kerosakan nombor plat kereta pemilik,” ujarnya.
Tiada niat untuk bergaduh atau panjang cerita
Jelas Zarry, abangnya tidak mempunyai niat untuk bergaduh mahupun memanjangkan keadaan itu selepas menyedari terdapat kanak-kanak dalam kereta berkenaan.
Katanya lagi, atas nasihat daripada peguam dan ahli keluarga, satu laporan polis telah dibuat selepas percaya dirinya difitnah serta dilabelkan sebagai scammer menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook milik pemandu terbabit.
“Kalau perasan video viral di atas telah di mute (dipadamkan) pada awalnya oleh pemilik kereta kerana tidak mahu membongkarkan tindakan dia ketika keluar dari kereta.
“Dengan ini kami berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera oleh pihak polis dan tidak lagi menimbulkan sebarang spekulasi tanpa bahan bukti yang kukuh,” katanya lagi.
Tambah Zarry lagi, pihak polis juga telah mengarahkan pemandu tersebut untuk memadamkan video yang dimuat naiknya dan menyatakan individu itu juga memberikan kerjasama.
“Kami harap pihak admin (Most Viral Malaysia) untuk memadam video tersebut dari terus tersebar.”