fbpx
Now Reading
Haqiem Stopa Didakwa Di Mahkamah, Berdepan Tuduhan Simpan Gambar & Video Lucah Bekas Kekasih

Haqiem Stopa Didakwa Di Mahkamah, Berdepan Tuduhan Simpan Gambar & Video Lucah Bekas Kekasih

Sekiranya didapati bersalah, Haqiem Stopa yang terkenal dengan gelaran ‘ikon permotoran’ itu boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanda tanya mengenai siapa ikon permotoran yang ditahan gara-gara gambar dan video lucah bekas kekasihnya akhirnya terjawab apabila media melaporkan influencer, Haqiem Stopa didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, 14 Disember.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ikon Permotoran’ Ditahan, Disyaki Ugut Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasih

Memetik Harian Metro, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya itu dalam dua telefon bimbit.

Mengikut kertas pertuduhan, Stopa yang terkenal di TikTok dengan 1 juta pengikut didakwa menyimpan foto serta video lucah bekas kekasihnya, seorang wanita berusia 21 tahun di dalam galeri telefon berjenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Sekiranya didapati bersalah, Stopa yang dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sewaktu pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin namun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan pemuda itu perlu menanggung ibu bapanya yang uzur.

Majistret Nur Hafizah Rajuni kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Beliau turut menetapkan sebutan kes pada 23 Februari 2023.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.