fbpx
Now Reading
Lelaki Lompat Keluar Dari Tingkap Selepas Kantoi Masuk Tandas Wanita Dengan Niat Nak Skodeng [Video]

Lelaki Lompat Keluar Dari Tingkap Selepas Kantoi Masuk Tandas Wanita Dengan Niat Nak Skodeng [Video]

Menurut wanita tersebut, laporan polis mengenai kejadian terbabit telah dibuat dan berharap agar pelaku berjaya di tangkap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian wanita dan lelaki diintai semasa berada di dalam tandas awam bukanlah sesuatu yang baharu, hal ini kerana terdapat banyak laporan dan pendedahan yang pernah dibuat sebelum ini berkaitan kes tidak senonoh sebegini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Kantoi Rakam Orang Melabur Dalam Tandas, Sekali ‘Check’ Telefon Banyak Video Tak Senonoh [Video]

Tidak hanya berlaku di tandas awam, malah ia juga boleh terjadi semasa seseorang itu berada di dalam rumahnya sendiri atau kawasan lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam Ujian Pun Tak Sedar Lagi?” – Lelaki Intai & Rakam Wanita Mandi Di Pusat Pemindahan Sementara

Oleh itu, orang ramai haruslah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan di sekeliling agar tidak menjadi mangsa intai atau rakam.

Wanita sedar ada lelaki mengintai dalam tandas perempuan

Terbaharu, tular satu video di media sosial apabila seorang wanita menyedari ada lelaki yang mengintai wanita lain semasa berada di dalam tandas awam di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sabrinabukanhaida, wanita yang dikenali sebagai Sabrina itu menyedari lelaki terbabit berada di dalam tandas selepas melihat kepalanya yang cuba mengintai wanita di tandas sebelah.

@sabrinabukanhaida

SEXUAL HARASSMENT kian menjadi !! semoga si pelaku mendapat balasan . cctv tak boleh ditunjukkan . ini antara pihak polis & pihak pengurusan .

♬ original sound – Sabrinabukanhaida – Sabrinabukanhaida

“Masa ini saya dekat toilet sebelah, masa saya keluar nak basuh tangan ada perempuan lain masuk tandas saya tadi, tiba-tiba saya nampak kepala lelaki tengah mengendap perempuan tadi dari tandas sebelah,” katanya.

Wanita bergegas memanggil pengawal keselamatan

Tidak menunggu lama, Sabrina bergegas mencari mengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut untuk tindakan lanjut.

Menyedari kehadiran pengawal keselamatan, lelaki terbabit bertindak melompat keluar melalui tingkap tandas untuk melarikan diri.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada Khamis lalu (15 Disember) pukul 1.00 tengah hari di tandas wanita pusat membeli-belah Sunway Gandaria, Bangi.

Laporan polis sudah dibuat

Ujar Sabrina, laporan polis mengenai kejadian tersebut telah dibuat dan berharap agar pelaku berjaya di tangkap.

Tambah Sabrina, perkongsian tersebut sebagai kesedaran dan peringatan buat semua agar lebih berhati-hati ketika memasuki tandas awam.

“Harap cepat dapat tangkap si pelaku” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial mengenai kejadian tersebut, malah mereka juga berharap agar pelaku ditangkap dengan segera.

Untuk info, aktiviti tidak bermoral seperti mengintai adalah satu kesalahan jenayah serta boleh dikenakan tindakan penjara 3 tahun dan denda mengikut Akta 574.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.