fbpx
Now Reading
Isu Jalan Di Kawasan Residensi Zamrud Kajang Ditutup, Hingga Kini Masih Belum Selesai [Video]

Isu Jalan Di Kawasan Residensi Zamrud Kajang Ditutup, Hingga Kini Masih Belum Selesai [Video]

Menurut Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, beliau sedang menunggu surat dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memandangkan jalan tersebut ditutup dengan kebenaran mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular di media sosial mengenai penutupan jalan awam di Jalan Zamrud Utama, Kajang sehingga menyusahkan penduduk dan pengguna yang terpaksa melalui jalan yang lebih jauh.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter @AsyrafRosli_ , wanita tersebut meluahkan rasa kekecewaannya apabila laluan yang sepatutnya memudahkannya untuk pulang ke rumah telah ditutup.

Jalan ditutup oleh penduduk taman dengan alasan haiwan peliharan sering mati dilanggar

Apa yang mengejutkan, wanita itu berkata jalan tersebut ditutup oleh penduduk taman perumahan berdekatan dengan alasan haiwan peliharaan mereka seperti ayam dan kucing banyak mati dilanggar.

Difahamkan, video tular tersebut dimuat naik pada bulan Januari lalu dan mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Tiada kuasa membuka jalan kerana ia ditutup dengan kebenaran MPKj

Menerusi ciapan balas di laman Twitter miliknya, beliau kemudian menjelaskan tidak mempunyai kuasa untuk membuka jalan tersebut kerana ia ditutup dengan kebenaran oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Namun beliau memaklumkan isu itu sedang dalam perbincangan dengan semua pihak berkaitan dan telah diatur diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal, Mazwan Johar.

“Beberapa cadangan telah diaturkan, dan YB Mazwan telah memohon pihak-pihak (berkaitan) untuk membentangkan kebolehterimaan cadangan atau cadangan baru.”

Gantikan penghadang konkrit dengan palang yang mudah dibuka

Pada masa sama, beliau juga memberi cadangan agar jalan tersebut tidah dihalang dengan konkrit sebaliknya gantikan dengan palang yang boleh dibuka dengan mudah.

Jelasnya lagi, Mazwan juga sedang berusaha untuk mendapatkan kata sepakat dari pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kami faham kesukaran penduduk setempat mengenai isu ini, tetapi perkara ini tidak mudah untuk diselesaikan disebabkan pelbagai pemegang taruh yang terlibat.

“Sekali lagi kami faham tentang kesengsaraan penduduk dalam isu ini, jadi usaha sedang digiatkan untuk mencapai penyelesaian terbaik,” katanya lagi.

Isu tersebut sehingga kini masih belum selesai

Bagaimanapun, sehingga hari ini difahamkan isu tersebut masih belum selesai, hal ini susulan ciapan seorang pengguna Twitter @ZazaEyra yang meminta Syahredzan untuk melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu tersebut.

Namun, jelas Syahredzan tiada sebarang kemas kini yang diterima dan pihaknya sedang berusaha untuk meminta update serta surat hitam putih daripada pihak berwajib.

“InsyaAllah minggu depan akan keluar surat. Saya tak pernah lupa isu ini, cuma itulah saya cuma boleh follow up dan follow up. Bila tak ada update saya pun tak ada apa yang saya boleh update pada penduduk.”

Menerusi pemerhatian kami di TikTok, rata-rata penduduk berhampiran melahirkan rasa kesal kerana penutupan jalan tersebut menyebabkan mereka kerugian masa.

Ini kerana jalan itu dapat menjimatkan 20 minit mereka di atas jalan kepada 2 minit.

@fathelwira

Jalan Zamrud Utama, Kajang (abaikan last pose)

♬ original sound – bibir rebus – elwira
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.