fbpx
Now Reading
Padah Buat Seks Tak Ingat Dunia 24 Jam Tanpa Henti, ‘Bebird’ Lelaki German Terpaksa Dipotong

Padah Buat Seks Tak Ingat Dunia 24 Jam Tanpa Henti, ‘Bebird’ Lelaki German Terpaksa Dipotong

Lelaki berusia 50 tahun itu bersama isterinya yang juga didakwa telah melakukan hubungan seks yang melampau selepas menelan ecstasy (pil perangsang) di sebuah apartmen di Castel del Piano.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai keluarga, kadang-kala pasti perlu masa bercuti berdua-duaan tanpa membawa anak untuk meluangkan waktu bermesraan bersama.

Bila dapat waktu berharga sebegitu, semestinya akan ada babak hubungan suami isteri yang dilakukan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan hubungan seks yang keterlaluan juga boleh membawa kepada kesan buruk.

Kemaluan lelaki terpaksa dipotong angkara hubungan seks 24 jam tanpa henti

Seperti baru-baru ini, seorang pelancong lelaki warga German akan kehilangan aset paling berharganya (zakar) selepas melakukan hubungan seks tanpa henti dan secara gila selama 24 jam ketika di bawah pengaruh dadah semasa bercuti di Itali.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang tidak mendedahkan identitinya kini berada dalam keadaan serius di sebuah hospital di Grosseto, Itali.

Ambil pil perangsang sebelum lakukan hubungan suami isteri

Menurut Mirror UK, lelaki itu bersama isterinya yang juga dirahsiakan identiti didakwa telah melakukan hubungan seks yang melampau selepas menelan ecstasy (pil perangsang) di sebuah apartmen di Castel del Piano.

Individu tersebut kemudiannya merasa tidak sihat selepas melakukan hubungan seks selama 24 jam dan telah pergi ke Hospital Misericordia pada awal bulan ini, lapor media tempatan.

Lelaki terbabit berada di ICU, alami syok septik menyebabkan nekrosis

Setelah lebih seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan, lelaki terbabit masih berada dalam keadaan serius dan kini berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, lelaki itu mengalami kejutan septik yang menyebabkan sel-sel pada zakarnya dan testis mengalami kematian sekaligus boleh membawa maut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.