fbpx
Now Reading
Pemain Bola Sepak Tempatan Didakwa ‘Bantai’ Kekasih Hingga Cedera

Pemain Bola Sepak Tempatan Didakwa ‘Bantai’ Kekasih Hingga Cedera

Kemas kini terbaru yang kami terima menerusi IG Story wanita itu mendapati kejadian tersebut berlaku di Le Meridien, Petaling Jaya, Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kes seorang bekas pemain bola kebangsaan yang dipercayai membelasah kekasihnya sehingga mendatangkan kecederaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas dia bersama kekasihnya bergaduh pada baru-baru ini.

Didakwa sering pukul kekasih

Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, pemain terbabit yang masih bermain bersama sebuah kelab itu didakwa sering melakukan perbuatan tersebut sehingga kekasihnya bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering ‘naik tangan’ apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu,” katanya

Kekasih pemain bola sepak muat naik gambar kecederaan

Hasil carian kami di Instagram mendapati kekasih kepada pemain bola sepak itu ada memuat naik gambar memperlihatkan kecederaan di bahagian tangan.

Wanita tersebut turut mendakwa dirinya dicederakan oleh insan yang disayangi sehingga menyebabkan dia fobia dan trauma.

“Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita bule (boleh) jadi budu (bod*h) dengan yang dia sayang, berdiam dan bertahan.

“Sekarang saya phobia dan trauma,” tulisnya.

Kejadian berlaku PJ, laporan polis sudah dibuat

Kemas kini terbaru yang kami terima menerusi IG Story wanita itu mendapati kejadian tersebut berlaku di hotel Le Meridien, Petaling Jaya, Selangor.

Wanita itu juga memaklumkan telah membuat laporan polis semalam (7 Jun) berhubung kejadian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.