fbpx
Now Reading
Cucu Nik Aziz Dakwa Keluarga Dimaklumkan Arwah Akan Dapat Gelaran Tun

Cucu Nik Aziz Dakwa Keluarga Dimaklumkan Arwah Akan Dapat Gelaran Tun

Menurutnya, isteri Allahyarham Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak tetap memenuhi undangan tersebut memandangkan jemputan itu adalah daripada Istana Negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti ramai ketahui, baru-baru ini Allahyarham Tuan Guru Datuk Bentara Nik Aziz merupakan antara individu yang menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Penganugerahan yang diberikan oleh baginda kepada tokoh ulama Islam itu pada 4 Jun lalu kelihatan disambut baik oleh ramai orang di media sosial.

Keluarga dicanang Allahyarhan Nik Aziz terima gelaran Tun

Bagaimanapun disebalik penganugerahan itu, seorang cucu Allahyarham yang dikenali sebagai Nik Nur Humaira pada baru-baru ini memaklumkan ahli keluarganya sebelum ini dicanang bahawa Nik Aziz sepatutnya menerima gelaran ‘Tun’.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Nik Nur berkata surat jemputan daripada istana tidak diberikan melalui kerajaan negeri, sebaliknya dihantar melalui anak kedua Allahyarham yang memilih bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak.

“23 tahun memimpin kerajaan PAS di Kelantan, namun undangan bersejarah begini diberikan melalui tangan seorang yang memilih untuk tidak bersama perjuangan beliau?”

Cucu Allahyarham Nik Aziz, Nik Nur Humaira

Tetap penuhi undangan kerana jemputan daripada Istana Negara

Menurutnya, isteri Allahyarham Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak bagaimanapun tetap memenuhi undangan tersebut memandangkan jemputan itu adalah daripada Istana Negara.

“Ahli keluarga ‘dicanangkan’ lebih awal bahawa Tuan Guru akan dianugerahi gelaran Tun, namun sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata kami dikejutkan dengan penerimaan gelaran Tan Sri sahaja.

“Ah, tidak pelik kerana yang mencanangkan ini memang dikenali sebagai Mat Retorik, sebagaimana Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) menggelarkannya,” tulisnya.

Terkejut Allahyarham Nik Aziz diletak sebaris dengan Kit Siang

Menurutnya lagi, ahli keluarganya tidak memandang rendah dengan gelaran Tan Sri yang diterima. Namun terkejut kerana ulama sepuh milik ummah itu diletakkan ‘sebaris dengan seteru politik dan agama’ iaitu Tan Sri Lim Kit Siang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lim Kit Siang Bakal Terima Gelaran Tan Sri Esok?

Jelasnya lagi, pengiktirafan sebenar akan lebih bermanfaat sekiranya idea tokok ulama itu diperjuangkan, biografi hidupnya dibukukan serta wawasannya diangkat ke persada.

Di akhir perkongsian, Nik Nur turut menjunjung kasih kepada baginda atas perkenan penganugerahan Darjah Kebesaran PSM kepada Allahyarham datuknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.