fbpx
Now Reading
Hanya Sekadar Cetak Nama Di Kertas, Lelaki Bongkar Kegiatan Pakej Tipu Buat Badal Haji

Hanya Sekadar Cetak Nama Di Kertas, Lelaki Bongkar Kegiatan Pakej Tipu Buat Badal Haji

Apa yang lebih mengecewakan adalah kertas-kertas yang mengandungi nama individu dan kalimah Allah tersebut dibuang dan dicampak setelah aktiviti bergambar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Badal haji atau ganti haji adalah satu ibadah yang diupahkan kepada seseorang sebagai ganti buat individu yang telah meninggal dunia atau mengalami sakit yang tidak boleh sembuh hingga menghalang kemampuannya untuk menunaikan ibadah islam yang kelima itu.

Pada masa kini, semakin banyak agensi dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan badal haji. Ia memudahkan waris untuk mengupah orang bagi mengerjakan haji buat mereka yang memerlukan.

Tidak Laksanakan Ibadah Haji Dengan Sempurna, Hanya Sekadar Cetak Nama dan Tangkap Gambar

Namun, tidak semua syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan badal haji dan melaksanakan ibadah itu dengan sempurna.

Perkara yang menyedihkan itu mula kecoh di media sosial sejak pagi tadi apabila terdapat beberapa individu yang berkongsi mengenai perkhidmatan badal haji palsu itu.

Antaranya seperti perkongsian di Facebook oleh Kashful Azim Shaharuddin di mana ada segelintir individu yang hanya mencetak nama dan menangkap gambar sambil memegang kertas tersebut sebagai tanda telah melakukan ibadah itu.

Apa yang lebih mengecewakannya adalah kertas-kertas itu mengandungi nama individu dan kalimah Allah dibuang dan dicampak setelah selesai aktiviti bergambar.

Mahu Pelaku Bertaubat & Memohon Maaf Kepada Waris

Menurutnya, perkongsian beliau hanya bertujuan untuk menyedarkan umat Islam agar tidak terjerat dengan individu yang tidak bertanggungjawab dan amanah ini.

Malah, menerusi tangkap layar di Facebooknya, dia turut mengingatkan agar pelaku yang menganiaya orang supaya bertaubat dan segera meminta maaf kepada waris yang mengupah mereka.

Menerusi hantaran tersebut juga, dia turut mengingatkan agar orang ramai berhati-hati dalam mengupah individu untuk melaksanakan badal haji ini.

Badal Haji Hanya Boleh Dilaksanakan Untuk Seorang Individu

Menurutnya, badal haji hanya boleh dilakukan oleh seorang individu yang telah melaksanakan haji untuk seorang individu lain. Ibadah ini bukan dilaksanakan secara pukal bagi 10 orang dalam satu-satu masa.

Malah menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hukum mengerjakan ibadah haji bagi beberapa individu di dalam satu masa adalah tidak sah kerana ia hanya mencukupi untuk satu orang sahaja.

Hasil tinjauan kami di Tik Tok juga turut mendapati, terdapat video lain yang turut dikongsikan oleh individu berlainan berhubung sikap tidak bertanggungjawab penunggang agama ini.

@isom_92

Hati2 klu ada yg ambil Badal Haji dibawah dibawah 7000rial Hati2!!!!!!!!!!!🙅🏽‍♂️ terus terang tuan,,,saya skrg di makkah,,,tiket sabah-kl dh Rm1k,tiket kl-jeddah dh Rm5+++k,hotel dkt makkah 6000rial untuk satu musim haji,x masuk hotel madinah lagi,transportation,makan,visa Haji,kemah dkt Mina,Arafah,Muzdalifah… Pesanan saya Hati2 kalau nak buat badal Haji yg murah…

♬ bunyi asal – isom_92 – isom_92

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan tidak menyangka perkara ini akan berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah haji itu.

Kebanyakannya mengecam tindakan syarikat dan individu yang menganiaya dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Berikut antara komen warganet:

Semoga Duduk Neraka Jahanam La Orang Macam Ni

Foto: FB Kashful Azim Shaharuddin

Jahatnya Manusia, Hal Ibadah Pun Kau Nak Buat Main

Foto: FB Kashful Azim Shaharuddin

Sebab Itu Sampai Sekarang Susah Nak Percaya Orang Yang Buat Badal Ini

Foto: FB Kashful Azim Shaharuddin

Perniagaan Yang Paling Menguntungkan Dekat Dunia Adalah Jual Agama & Jual Ketakutan

Foto: FB Kashful Azim Shaharuddin

Untuk info, ibadah badal haji ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar. Ini kerana media sebelum ini pernah melaporkan agar pengguna berhati-hati dalam membuat pemilihan syarikat atau individu bagi mengerjakan rukun islam yang kelima ini.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Jadi Mangsa Penipuan Badal Haji, Mufti Pulau Pinang Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Don Kongsi Amal Ibadah & Ganjarannya Di Hari Arafah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.