fbpx
Now Reading
Sekolah Awam Ajar Subjek K-Pop Pertama Bakal Dibuka Di Korea Selatan

Sekolah Awam Ajar Subjek K-Pop Pertama Bakal Dibuka Di Korea Selatan

Menurut Ha Yoon Su yang merupakan pihak berkuasa dalam bidang pendidikan, sekolah ini bakal menerapkan elemen pembelajaran yang berkonsepkan K-pop.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pop Korea atau K-pop merujuk kepada aliran muzik pop Korea Selatan. Ia merangkumi pelbagai genre muzik antaranya seperti pop dan hip-hop.

Tidak terhad kepada muzik semata-mata, K-pop juga merangkumi elemen budaya dan hiburan lain seperti tarian dan fesyen.

Pada masa kini, budaya K-pop telah memberi impak yang besar kepada seluruh dunia. Kebanyakan artis K-pop berjaya mencipta nama dan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Malah, mereka juga mempunyai peminat yang tersendiri di setiap negara seluruh dunia.

Wujud Sekolah Awam Khas Ajar K-Pop di Busan, Korea Selatan

Ekoran daripada ini, pihak berkuasa pendidikan Korea Selatan telah mengumumkan bahawa satu sekolah awam khas yang pertama khusus untuk pengajaran K-pop dan berkaitan akan dibuka di bandar kedua terbesar Korea Selatan iaitu Busan.

Menurut Ha Yoon Su yang merupakan pihak berkuasa dalam bidang pendidikan, sekolah ini bakal menerapkan elemen pembelajaran yang berkonsepkan K-pop.

Sekolah khas ini akan menyediakan kelas seperti kualiti vokal, tarian serta mencipta dan menggubah lagu yang akan diajar oleh individu yang berpengalaman khususnya daripada fakulti K-pop.

Tambah beliau, pelajar antarabangsa juga layak untuk memohon belajar di sekolah ini.

Pihak Kerajaan Masih Mencari Lokasi Yang Sesuai, Sasar Pembukaan Pada Mac 2028

Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan Metropolitan Busan, pihaknya masih lagi mencari lokasi yang bersesuaian bagi pembinaan sekolah khas tersebut.

Namun, dia menjangkakan sebuah sekolah kosong di kawasan Ganseou-gu, Busan sebagai lokasi yang sesuai.

Menurutnya, pembinaan sekolah ini dijadualkan bermula pada Januari 2027 dengan sasaran pembukaan sekolah berkenaan adalah pada Mac 2028.

“Sekolah ini masih lagi di peringkat awal perancangan,” kata pegawai tersebut.

Tubuh Jawatankuasa Bagi Penubuhan Sekolah

Pihak berkuasa juga dikatakan bakal mewujudkan satu jawatankuasa khusus bagi sekolah berkenaan. Perincian termasuk saiz dan kurikulum sekolah akan ditentukan pada masa akan datang.

Sekiranya perancangan ini menjadi kenyataan, ia bakal menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah awam pertama yang mengajar tentang K-pop.

Terdahulu, Sekolah Tinggi Pop Korea dan Seni Persembahan merupakan sekolah pertama yang dibuka di Wilayah Selatan ChungCheong pada tahun 2020.

Malah, ada di kalangan remaja daripada kumpulan K-pop telah menghadiri Sekolah Seni Persembahan yang merupakan sekolah swasta di bandar Seoul.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.