fbpx
Now Reading
Hargai Pengorbanan Bersalin Czer, Lelaki Di China Beri RM64 Setiap Kali Isteri Melangkah

Hargai Pengorbanan Bersalin Czer, Lelaki Di China Beri RM64 Setiap Kali Isteri Melangkah

Lelaki wanita itu mendakwa doktor yang merawat isterinya menasihati agar wanita berkenaan melakukan senaman ringan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengorbanan seorang isteri ketika proses kehamilan dan bersalin adalah sesuatu yang tidak ternilai. Buat sesetengah wanita, fasa melahirkan anak merupakan proses yang amat menyakitkan yang pernah dirasai dalam kehidupan.

Kesakitan ini kadang kala boleh memberi kesan sampingan walaupun selepas beberapa bulan proses kelahiran.

Bagi sesetengah wanita, mempunyai suami yang memahami dan menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan merupakan satu anugerah.

Beri RM64 Setiap Kali Isteri Melangkah

Begitu juga yang dihadapi oleh seorang wanita di China. Menerusi video yang dikongsikan di media sosial Weibo, kelihatan wanita berkenaan mengalami kesukaran untuk berjalan setelah 3 hari melalui proses melahirkan anak.

Difahamkan, wanita berkenaan baharu sahaja melahirkan anak melalui kaedah pembedahan (caesarean) atau czer. Sebagai motivasi dan pendorong buat wanita itu untuk berjalan, lelaki yang dipercayai suaminya dilihat memberikan wang sebanyak 100CNY (anggaran RM64) sebagai ganjaran bagi setiap langkah yang diambil olehnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan, lelaki wanita itu mendakwa doktor yang merawat isterinya menasihati agar wanita berkenaan melakukan senaman ringan. Namun, isterinya enggan kerana masih berasa sakit kesan daripada proses melahirkan anak secara pembedahan.

Jadi, pemberian duit bagi setiap langkah yang diambil adalah sebagai pendorong buat isterinya untuk melakukan senaman ringan kira-kira 20 minit.

Video itu nyata menarik perhatian warganet tempatan. Tindakan suami yang memberi sokongan dan dorongan kepada isteri tersayang itu nyata mendapat pujian daripada netizen.

Malah, ada juga netizen tempatan yang turut berkongsi pengalaman yang sama apabila doktor dan staf perubatan menyarankan untuk melakukan senaman selepas bersalin secara pembedahan.

Keseronokan Antara Pasangan Suami Isteri Itu Bagus

Doktor Di Hospital Arah Saya Untuk Bersenam Selepas Pembedahan Caesarean

Senaman Selepas Caesarean Digalakkan

Berdasarkan laman web hello doktor, wanita yang melahirkan anak secara czer digalakkan untuk bersenam terutama setelah enam minggu pertama kelahiran.

Ini kerana, melakukan senaman ringan boleh mempercepatkan proses penyembuhan dengan sempurna serta mengurangkan risiko untuk tercedera. Namun, ia bergantung kepada keupayaan dan keadaan diri setiap individu.

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Isteri Hamil Lagi Selepas 2 Bulan Bersalin Czer Buat Netizen Ngilu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pecah Air Ketuban Awal, Wanita Terpaksa Harungi Perjalanan 2 Jam Dari Singapura Untuk Bersalin Di JB

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.