fbpx

Hormat Garis Panduan Persembahan Malaysia, Muse Buang Satu Lagu Daripada List Asal

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe Adam Ashraf, Muse telah mengambil keputusan untuk ‘membuang’ satu lagu daripada senarai selaras dengan garis panduan persembahan yang ditetapkan di negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, kumpulan rock popular Britain, Muse bakal membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (29 Julai) dan Kuala Lumpur menjadi destinasi tunggal di Asia bagi siri jelajah Muse, The Will of The People World Tour 2023.

Tiket konsert ini telah mula dijual kepada orang ramai pada bulan Mac yang lalu dengan harga serendah RM350 sehingga RM950.

Insiden pembatalan konsert Good Vibes Festival (GVF) 2023 dan isu kumpulan The 1975 pada Sabtu yang lalu (22 Julai) nyata menarik perhatian kumpulan yang dianggotai oleh Matt Bellamy, Chrisopher Wolstenholme dan Dominic Howard ini.

Buang Satu Lagu Dari Senarai Ikuti Garis Panduan Persembahan di Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe Adam Ashraf, Muse telah mengambil keputusan untuk ‘membuang’ satu lagu daripada senarai selaras dengan garis panduan persembahan yang ditetapkan di negara ini.

Menurut Adam, pihak pengurusan kumpulan Muse segera bertindak menghubungi Hello Universe yang merupakan penganjur konsert Muse di Malaysia sebaik isu membabitkan The 1975 mula menjadi perbualan ramai.

“Mereka segera menghubungi kami sejurus selepas kejadian itu berlaku.

“Selepas berbincang, mereka memutuskan untuk mengeluarkan satu lagu daripada senarai ekoran daripada tajuk lagu tersebut. Bagus untuk tahu bahawa mereka betul-betul mahu menghiburkan peminat dan menghormati garis panduan persembahan di negara ini,” kata Adam yang dipetik daripada Rojak Daily.

Mengintai ke ruangan komen di media sosial Twitter, rata-rata netizen kagum dengan sikap profesional kumpulan berkenaan yang menghormati budaya dan peraturan di Malaysia. Malah, ada yang turut tertanya-tanya mengenai lagu yang dibuang daripada senarai berkenaan.

Boleh Ke Minta Muse Buat Persembahan Setiap Tahun?

Legend Pun Reti Hormat Undang-Undang Negara Orang Lain

Untuk info, kumpulan Muse yang popular dengan lagu Supermassive Black Hole, Time Is Running Out, Unintended, Hysteria, NewBorn dan banyak lagi pernah mengadakan konsert sulung di Stadium Negara pada tahun 2007.

Kali terakhir kumpulan ini mengadakan persembahan di Asia adalah menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga merupakan sebahagian daripada konsert siri jelajah mereka pada tahun 2019.

Baca Artikel Berkaitan: Muse Bakal Gegarkan Kuala Lumpur 29 Julai Ini, Satu-satunya Lokasi Konsert Jelajah Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Pamer Aksi Biadap Di GVF2023, The 1975 Kena ‘Banned’ Dari Buat Persembahan Di Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.