fbpx
Now Reading
Bekas Pekerja Kebajikan Australia Hadapi 1,623 Pertuduhan, Dera & Rogol 91 Kanak-Kanak

Bekas Pekerja Kebajikan Australia Hadapi 1,623 Pertuduhan, Dera & Rogol 91 Kanak-Kanak

Kesalahan itu dilakukan di 12 tempat pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Sydney, Brisbane dan luar negara di antara tahun 2007 dan 2022 dengan kesemua mangsa terdiri daripada gadis pra remaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercakap mengenai pusat kebajikan terutamanya pusat kebajikan kanak-kanak, pasti terbayang dalam kepala bahawa tempat itu selamat diduduki oleh mereka.

Pasti mereka akan dijaga dan diberi layanan yang baik serta kemudahan disediakan adalah lengkap bagi menghadapi kehidupan seharian.

Namun, lain pula dengan kejadian di Australia apabila seorang bekas pekerja kebajikan didakwa melakukan jenayah dera dan seksual terhadap 91 orang kanak-kanak.

Ia pasti menjadi mimpi ngeri buat kanak-kanak yang terlibat apabila individu yang diharapkan menjaga mereka tidak seperti yang diimpikan.

Hadapi 1,623 Pertuduhan Termasuk Dera dan Rogol Kanak-Kanak

Menurut Polis Persekutuan Australia (AFP), bekas pekerja yang berusia 45 tahun itu didakwa dengan 1,623 pertuduhan termasuk 136 bagi kesalahan rogol, 110 pertuduhan menjalin hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dan 613 pertuduhan menghasilkan bahan eksploitasi kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukan di 12 tempat pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Sydney, Brisbane dan luar negara di antara tahun 2007 dan 2022 dengan kesemua mangsa terdiri daripada gadis pra remaja.

Temui Bahan dan Video Ekploitasi Kanak-Kanak

Tertuduh yang berasal daripada Gold Coast itu ditahan sejak Ogos 2022 apabila polis menangkap dan mendakwanya dengan pertuduhan menghasilkan bahan eksploitasi kanak-kanak.

Ekoran daripada penahanan itu, AFP mendakwa menemui bahan dan video penderaan kanak-kanak yang dihasilkan sendiri oleh suspek pada peranti yang dimiliki olehnya.

Identiti 87 kanak-kanak yang dirakamkan dalam video suspek telah dikenal pasti. Polis kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi mengenal pasti baki empat orang kanak-kanak yang videonya dirakam di luar negara.

Sebutan kes ini akan diadakan di Mahkamah Majistret Brisbane pada 21 Ogos depan.

Polis Sifat Kes Paling Ngeri Melibatkan Kanak-Kanak

Menurut Asisten Komisioner Polis New South Wales Michael Fitzgerald, dia menyifatkan kes ini sebagai ‘satu daripada kes penderaan kanak-kanak yang mengerikan’.

Malah, ada pihak turut menganggap kes ini sebagai salah satu kes penderaan kanak-kanak yang terburuk dalam sejarah negara itu.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kisah Kanak-kanak 2 Tahun Dicabul Di Pusat Asuhan, Polis Tahan Suami Pengasuh

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Kemaruk’ Pornografi Kanak-Kanak Didenda RM800

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.