fbpx
Now Reading
Bunuh Anak Kembar Autisme Untuk Ringankan Beban Isteri, Lelaki Di Singapura Dijatuhi Hukuman Penjara 14 Tahun

Bunuh Anak Kembar Autisme Untuk Ringankan Beban Isteri, Lelaki Di Singapura Dijatuhi Hukuman Penjara 14 Tahun

Xavier dipercayai bertindak demikian kerana mahu meringankan beban isterinya daripada menjaga kedua-dua anak mereka yang menghidap autisme itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana membunuh anak kembarnya pada 21 Januari tahun lalu.

Xavier Yap Jung Houn yang berusia 50 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan membunuh anak kembarnya Aston Yap Kai Shern dan Ethan Yap E Chern yang berusia 11 tahun di sebuah taman berhampiran Greenridge Crescent, Singapura.

Anak Hidap Autisme, Mahu Ringankan Beban Isteri

Xavier dipercayai bertindak demikian kerana mahu meringankan beban isterinya daripada menjaga kedua-dua anak mereka yang menghidap autisme itu.

Malah, dia juga bimbang tentang keadaan anak kembarnya sekiranya dia dan isteri telah meninggal dunia pada masa hadapan serta risau anaknya dibuli.

Cekik & Benam Muka Anak Di Parit Taman Permainan

Xavier dikatakan telah lama merancang pembunuhan tersebut. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 21 Januari 2022.

Ketika hari kejadian, dia membawa kedua-dua anaknya ke sebuah taman permainan di Greenridge Crescent berhampiran kondominiumnya yang terletak di Toh Tuck Road.

Xavier membiarkan anaknya bermain selama 10 minit sebelum membawa mereka berhampiran parit di taman tersebut.

Dia kemudian mengambil sebatang kayu dan menekannya ke leher Ethan. Setelah mendapati anaknya tidak bergerak, dia kemudiannya membenamkan muka anaknya ke dalam parit.

Dia turut melakukan perbuatan yang sama kepada Aston yang merupakan kembar kepada Ethan.

Cuba Bunuh Diri Selepas Kejadian

Selepas kejadian yang menyedihkan itu, dia didakwa cuba membunuh diri namun gagal. Dia kemudiannya menelefon polis mendakwa dia diserang dan memohon bantuan polis untuk mencari kedua-dua anaknya itu.

Namun, Xavier akhirnya mengaku bahawa dia telah mencekik anak kembarnya sehari selepas pembunuhan itu kepada polis.

Xavier didakwa pernah cuba membunuh diri dengan menikam bahagian perut, dada dan belakang badan menggunakan pencungkil ais akibat tertekan dengan masalah yang dihadapi.

Dijatuhi Hukuman Penjara 14 Tahun Bagi Dua Pertuduhan

Xavier yang diwakili oleh peguam Patrick Nai, Choo Si Sen dan Choo Yean Lin dijatuhi hukuman penjara 7 tahun bagi setiap pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Hakin Vincent Hoong turut menyatakan bahawa bapa kepada kembar itu mengalami kemurungan setelah membunuh dua anak lelakinya.

Untuk info, anak kembar Xavier disahkan menghidap austime sejak berumur 2 tahun. Pasangan itu disarankan untuk menghantar mereka ke sekolah khas namun, isteri Xavier dikatakan tidak dapat menerima hakikat tentang keadaan anak kembarnya.

Walaubagaimanapun, Xavier dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua anak kembarnya itu namun dia mula menyatakan kerisauan tentang masa hadapan anaknya sejak tahun 2019 dan 2020 hingga menyebabkan dia merancang untuk membunuh mereka.

Isterinya juga dilihat mula berubah dan tidak lagi membantu Xavier dalam menguruskan anak kembar mereka itu.

Malah, pasangan itu dikatakan akan bercerai setelah dia turut mendapati isterinya telah menjalin hubungan dengan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Dera Pelajar Autisme, Cikgu Rupanya Cuba Halang Pelajar Dari Bertindak Agresif

Baca Artikel Berkaitan: Tiga Jam Terkurung Didalam Van, Kanak-Kanak Autisme Ditemui Meninggal Dunia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.