fbpx
Now Reading
Terlalu Cemburu, Lelaki Di India Tergamak Bunuh Isteri Depan Anak Hanya Kerana Disekat Di Instagram

Terlalu Cemburu, Lelaki Di India Tergamak Bunuh Isteri Depan Anak Hanya Kerana Disekat Di Instagram

Suspek juga buruk sangka dan percaya beberapa pengikut isterinya di Instagram akan berkunjung ke rumah mereka semasa ketiadaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara berang akaun Instagram miliknya disekat isteri, seorang lelaki di India yang berusia 37 tahun sanggup mencekik wanita itu sehingga mati di hadapan dua anak mereka.

Kejadian yang menyayat hati itu dipercayai berlaku pada 13 Ogos yang lalu ketika keluarga itu sedang dalam perjalanan menunju ke Rae Bareli, India.

Berang Isteri Sekat Akaun Instagram & Mempunyai Ramai Pengikut

Menurut polis tempatan, lelaki berkenaan dikatakan berang dengan tindakan isterinya yang menyekat dirinya di platform media sosial itu.

Malah, akaun Instagram isterinya yang mempunyai ramai pengikut turut menyebabkan suspek buruk sangka dan percaya bahawa beberapa pengikut akan berkunjung ke rumah mereka semasa ketiadaannya.

Ketika sesi soal siasat, suspek mengaku bahawa dia meragui kesetiaan isterinya lalu bertindak membunuh pasangannya itu.

Suami Ambil Jalan Lain, Kunci Diri Dalam Kereta Selepas Bunuh Isteri

Menurut polis, insiden pembunuhan itu berlaku pada pagi Ahad (13 Ogos) ketika lelaki itu membawa keluarganya pergi berjalan-jalan di kawasan Rae Bareli, India.

Walau bagaimanapun, lelaki itu memilih laluan lain berbanding laluan yang biasa digunakan. Ketika berada di sebuah simpang berdekatan Sultanpur, suspek dipercayai memulakan pergaduhan bersama pasangannya.

Keadaan menjadi tegang apabila suspek mula marah dan mencekik isterinya hingga mati di hadapan kedua-dua anak mereka. Selepas kejadian menyayat hati itu, suspek dipercayai mengurungkan diri di dalam kereta.

“Tertuduh mempunyai syarikat agensi pelancongan manakala isterinya bekerja sebagai suri rumah. Pasangan itu tinggal di kawasan Lucknow, Uttar Pradesh bersama dua anak mereka yang masing-masing berusia 12 dan lima tahun,” kata polis.

Tambah polis, siasatan lanjut masih lagi dilakukan dan mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.