fbpx
Now Reading
“Datang Malaysia Kerja Tarik Kabel”- Lelaki Kongsi Pekerja Bangladesh Masing-Masing Ada Kelulusan Tinggi [Video]

“Datang Malaysia Kerja Tarik Kabel”- Lelaki Kongsi Pekerja Bangladesh Masing-Masing Ada Kelulusan Tinggi [Video]

Menurut pemilik Tik Tok@airil_datomazlan, kedua-dua pekerja Bangladesh itu merupakan golongan terpelajar yang masing-masing mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, sering kali kedengaran graduan sukar mendapat kerja atau memperolehi pekerjaan yang tidak setanding dengan kelayakan.

Ini kerana antara punca yang menyebabkan wujudnya pengangguran dalam kalangan graduan adalah disebabkan oleh penawaran kerja yang terhad.

Masalah ini tidak hanya dihadapi oleh rakyat Malaysia, malah negara lain seperti Bangladesh juga turut mengalami isu yang sama.

Situasi ini menyebabkan segelintir daripada rakyat mereka memilih untuk berhijrah ke negara lain termasuk Malaysia bagi menjana pendapatan yang lumayan.

Kerja Tarik Kabel Tapi Ada Kelulusan Ijazah Kejuruteraan

Menerusi perkongsian video di akaun Tik Tok @airil_datomazlan, lelaki itu berkongsikan tahap pendidikan dua orang pekerja memasang kabel yang berasal daripada Bangladesh.

Menurutnya, kedua-dua mereka merupakan golongan terpelajar yang masing-masing mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan.

“You belajar sampai mana? Sampai mana you punya rank?” tanya lelaki itu kepada kedua-dua pekerja Bangladesh tersebut.

Namun, jawapan yang diberikan oleh kedua-dua pekerja itu nyata membuka mata lelaki berkenaan. Kedua-duanya mengakui memiliki kelulusan dalam bidang kejuruteraan.

Susulan daripada jawapan yang diberikan, perakam video itu menyifatkan rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana masih ada lagi peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara ini.

“Dua-dua kelulusan kejuruteraan, datang Malaysia kerja tarik kabel je. Kita harus bersyukur,” tulis lelaki berkenaan di ruangan kapsyen.

@airil_datomazlan

dua dua engineer..dtg malaysia kerja tarik kabel aja..kita harus bersyukur

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman yang sama turut berjumpa dengan warga Bangladesh yang mempunyai tahap pendidikan tinggi namun memilih untuk datang ke Malaysia dan bekerja dalam sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) antaranya seperti tukang cuci.

Namun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat rakyat Malaysia terutamanya golongan graduan pada masa kini turut memilih dan melakukan pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan akibat daripada peluang pekerjaan yang terhad.

Masa Kerja Giant Dulu, Ada Seorang Tukang Cuci, Dia Ada PhD

Pekerja Akak Pun Orang Pandai, Ahli Farmasi, Datang Malaysia Kerja Dobi, Malam Part Time Burger

Excited Je Muka Diorang Bila Sebut Bidang Masing-Masing, Insan Cerdik Pandai Tapi Diuji Allah

Selalu Jumpa Orang Yang Educated Tapi Kerja Biasa-Biasa, Sebab Tu Kita Jangan Suka Pandang Rendah Dekat Orang

Kita Pun Malaysia Dah Ramai, Cuba Tanya Grab, Foodpanda, Retail, Jual Tepi Jalan

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Wajib Pamer Kadar Upah, Elak Graduan Dibayar Gaji Rendah – Pakar Ekonomi

Baca Artikel Berkaitan: Tak Minat Kerja Hotel, Ada Orang Muda di Langkawi Pilih Untuk Jual Burger

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.