
KBS Tamatkan Penglibatan Peserta Felo Perdana Kerana Kemuka Sijil Tidak Tulen, Netizen Petik Nama Azhar Ali
Meskipun KBS tidak menyebut sebarang nama, ada yang mengaitkan pemberhentikan peserta Felo Perdana itu dengan Azhar Ali yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi biasiswa NASA.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebentar tadi mengumumkan telah menamatkan penglibatan seorang peserta program Felo Perdana yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) selepas didapati melanggar terma perjanjian program.
Unit Komunikasi Korporat KBS dalam satu kenyataan berkata, ianya selepas pihak mereka bersama penganjur mendapati peserta tersebut telah mengemukakan sijil yang palsu semasa membuat permohonan.
“Pelajar universiti awam di ibu negara ini telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan progam Felo Perdana.
“Namun bagi salah satu pencapaian yang disenaraikan, setelah disemak dengan lebih lanjut bersama penganjur, adalah didapati bahawa sijil yang dikemukakan tidak tulen.”
KBS akan mulakan siasatan, pelajar terlibat ditawar sesi kaunseling
Menurut kenyataan sama, KBS akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program ini dikukuhkan lagi pada masa hadapan.
Selain itu pelajar berkenaan juga akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling.
KENYATAAN MEDIA
— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) September 13, 2023
FELO GAGAL BUKTIKAN SIJIL YANG TULEN AKAN DITAMATKAN DARI TERUS MENYERTAI PROGRAM FELO PERDANA#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/dVlYskQtIG
Kenyataan berkenaan turut dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi satu bebenang di Twitter sehingga mencuri perhatian ramai.
Meskipun tiada sebarang nama yang disebut, namun ada yang mengaitkannya dengan pelantikan Azhar Ali, pemuda yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi biasiswa NASA beberapa tahun lalu sebagai Felo Perdana di bawah MITI.
Baca artikel berkaitan: Biasiswa Nasa : Pemuda Ini Jelaskan Dia Adalah Mangsa Penipuan
Ianya selepas tular beberapa ciapan yang mempersoalkan rekod pencapaian tertinggi Azhar pada profil Felo Perdana yang dikongsikan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz di Instagram.
Netizen yang membuat ‘galian’ kemudian mendapati terdapat beberapa senarai pencapaian yang meragukan sehingga mereka menggesa MITI dan pihak terlibat untuk menyemak perkara itu.
Azhar Ali ni mmg hebat mereka cerita sampai 1 MY tertipu, tapi tidak kali ke-2. No no, no.
— Gojira Rawrr (@adrujaMK) September 13, 2023
umur 20thn menipu dpt masuk NASA & dpt wish tahniah dari rakyat MY termasuk PM-8,
umur 23thn menipu FELO PERDANA & dpt masuk MITI.
“Habit die hard, especially lying” https://t.co/dZIqsqbgti pic.twitter.com/b50jOMsWwB
Tips apply gomen: buat resume pelsu. Mamat Azhar tu kalau tak nipu pasal NASA dulu, sampai lani elok ja jadi fellow dengan resume palsu. 👍🏼 https://t.co/nquLUkkcz3
— Moi Ketegaq (@momoiryn93) September 13, 2023
Tengku Zafrul yang peka dengan isu tersebut kemudiannya memuat naik satu ciapan menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama dengan KBS untuk tindakan selanjutnya.
Saya ambil maklum isu yang dibangkitkan tentang Felo Perdana yang ditempatkan di MITI.
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) September 13, 2023
Pemilihan dan agihan Felo Perdana diuruskan oleh Sekretariat Felo Perdana di @KBSMalaysia. MITI sedang bekerjasama dengan KBS untuk tindakan selanjutnya.
Baca artikel berkaitan: