fbpx

“Kamu Sudah Sebar Fitnah”- Caprice Persoal Kenapa Ustaz Derry Sulaiman Padam Bukti Whatsapp Bersama Mondy

Dalam pada itu polis mengesahkan Caprice dan Mondy telah dipanggil bagi membantu siasatan susulan laporan yang dilakukan Ebit Lew.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dari minggu lepas lagi, media sosial dihangatkan dengan kemelut di antara tiga individu iaitu Caprice, Ustaz Ebit Lew (UEL) dan Mondy Tatoo.

Segalanya berpunca daripada pendedahan yang dibuat oleh TikToker terkenal di Indonesia itu bersama Caprice berkaitan tentang seorang ustaz pada Isnin (11 September) yang lalu.

Malah, ia dipanaskan lagi apabila pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew mula mengambil langkah dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadapnya pada Isnin (18 September).

Susulan daripada laporan yang dibuat, Caprice dan Mondy akan dipanggil oleh polis bagi tujuan membantu siasatan dalam masa terdekat.

Ustaz Derry Sulaiman Dedah Perbualan Whatsapp Bersama Mondy

Kemelut di antara tiga individu ini turut mendapat perhatian penyanyi dan pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Derry Sulaiman.

Menurut Ustaz Derry yang merupakan sahabat Ebit Lew dalam satu siaran langsung, UEL merupakan individu sangat baik yang pernah dijumpai olehnya.

“Saya kalau ke Malaysia, dia beri wang. Kalau dia datang ke rumah saya, dia selalu bawa hadiah, kepada ulama, kepada guru-guru, akhlak yang luar biasa, bahasa yang santun dan lembut.

“Saya bingung entah apa masalah, entah apa kesalahan Ustaz Ebit Lew, saya tiada apa-apa personal interest, saya sampaikan berita ini kerana Allah,” katanya menerusi video berkenaan.

Ketika siaran langsung itu juga dia mendakwa bahawa segala yang dikatakan oleh Mondy di podcast bersama rapper itu adalah satu pembohongan.

“Ini salah satu bukti bahawa segala cerita di Podcast itu adalah tidak benar. Kalian screenshot ini dan sebarkan di Malaysia,” katanya sambil menunjukkan perbualan whatsapp bersama Mondy.

Melalui whatsapp yang ditunjukkan, Mondy mengaku bahawa segala perkara yang diceritakan di podcast terutamanya dakwaan pegang tangan adalah tidak benar. Malah, wanita berkenaan mengaku hanya melakukannya kerana wang.

Caprice Minta Ustaz Derry Buka Balik Chat Dalam Siaran Langsung

Terpanggil untuk membalas kenyataan Ustaz Derry Sulaiman, Caprice telah memuat naik satu video mencabar pendakwah itu untuk menunjukkan semula perbualan tersebut dalam siaran langsung.

“Cap nak cabar Ustaz Derry Sulaiman, tunjuk balik whatsapp, tunjuk Mondy punya profile.

“Kalau ustaz buat macam ini, Cap akan derma pada NGO ke, masjid sebanyak 20 juta rupiah.

“Tak cukup, Cap akan derma 40 juta rupiah kalau Ustaz buat macam ini,” katanya menerusi video berkenaan.

Namun, bagi Caprice, sekiranya pendakwah Indonesia itu tidak melakukan sedemikian, maka apa yang dikatakan oleh Ustaz Derry adalah satu fitnah.

Caprice Dakwa Ustaz Derry Sulaiman Padam Semua Bukti Perbualan

Terbaharu, rapper terkenal itu menerusi satu hantaran telah memuat naik satu video yang mendakwa bahawa Ustaz Derry Sulaiman telah memadam bukti perbualan bersama Mondy.

“Salam Ustaz Derry Sulaiman, kenapa kamu padam semua “bukti” chat? Kamu sudah fitnah dan sebar fitnah kepada masyarakat Indonesia, Malaysia dan ibu bapa Mondy.

“Kami ada rakam semua content dan live ustaz dan kita akan ambil tindakan di Indonesia dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, minta jasa baik korang atau wartawan share di platform walabits di TikTok dan Facebook,” tulis penyanyi berkenaan di ruang kapsyen.

Difahamkan, pendakwah itu telah memadam tangkap layar whatsapp yang dikongsikan di Instagramnya.

Foto: Tangkap Layar IG Story Caprice

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi yang berbeza. Ada di antara mereka yang sedar dengan tindakan Ustaz Derry Sulaiman yang bertindak memadam perbualan whatsapp tersebut.

Namun, ada juga yang memihak kepada pendakwah terkenal Indonesia itu ekoran tindakannya yang telah memadam perbualan whatsapp berkenaan.

Member Dah Goyang Tu

Orang Berilmu Dia Tak Menyalak

Aku Takkan Support Cara Dia Ini Sebab Tak Selari Dengan Apa Yang Agama Ajar

Aku Takda Sebelahkan Siapa-Siapa,Tapi Berpadalah Dalam Segala Hal

Baca Artikel Berkaitan: Dituduh Bayar Mondy Untuk Reka Cerita, Caprice Minta Pemfitnah Jawab Dekat Tuhan Nanti

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tiada Asas”- Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Melampau

Baca Artikel Berkaitan: “Ebit Lew, Cepat Sikit Hantar Surat Saman Tu” – Caprice

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.