fbpx

Tindakan Ketua Pemuda UMNO Terjah Kilang Beras di Melaka Raih Pujian [Video]

Namun, hasil serbuan Dr Muhamad Akmal Saleh ke salah satu kilang tersebut, apa yang mengejutkan adalah keengganan salah seorang pemilik kilang menjual harga mengikut saranan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kenaikan harga beras import dan kekurangan bekalan beras tempatan masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.

Walaupun telah beberapa minggu berlalu, isu ini masih lagi menjadi antara topik perbualan utama yang sering dibahaskan dalam kalangan pemimpin dan rakyat.

Terbaharu, peka dengan nasib dan kesusahan yang menimpa rakyat berhubung isu makanan utama ini, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, telah membuat satu serbuan di dua buah kilang yang terletak di Melaka pada Isnin (25 September).

Buat Serbuan & Lakukan Pemeriksaan Mengejut

Menerusi video yang dimuat naik melalui akaun Facebook Akmal Saleh, beliau yang juga merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dilihat melakukan lawatan mengejut memeriksa bekalan dan dokumen seperti invois di kilang beras tersebut.

Beliau dilihat melawat ke bahagian stor bekalan beras dan bertanyakan beberapa soalan kepada pengilang berhubung stok bekalan makanan utama itu.

Malah, di video berkenaan juga, kelihatan beliau turut memeriksa dokumen yang dipercayai invois daripada salah satu kilang tersebut.

Tegas Dengan Pengilang Yang Degil

Apa yang mengejutkan adalah keengganan salah seorang pemilik kilang menjual harga mengikut saranan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Keengganan pengilang tersebut menjual beras seperti yang disarankan oleh Kerajaan menyebabkan Akmal kelihatan tegas dan mengarahkan pengilang berkenaan untuk menjual beras pada harga yang disyorkan iaitu RM25.50.

Malah, beliau juga turut dilihat memberi amaran kepada individu yang digelar ‘uncle’ untuk menarik lesen perniagaan pengilang itu sekiranya individu itu masih enggan mematuhi peraturan dan saranan kerajaan.

“Sekarang ni you kena dengar ni uncle, kalau you tak mahu buat, saya akan tarik lesen ini semua.

“Kalau you rugi, you cakap you rugi, ini kerajaan punya arahan tahu, RM25.50 you kena jual.

“Kalau you rugi, you cakap dengan saya sekarang yang you rugi, saya tarik you punya lesen, saya bagi orang lain hantar,” kata Akmal kepada pemilik kilang beras itu.

Difahamkan, individu berkenaan enggan menjual harga yang disyorkan kerana tidak mahu rugi dan mendapat keuntungan yang kecil.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata matlamat utama beliau melakukan pemeriksaan itu hanyalah mahu membantu rakyat.

Hari ni kita terjah kilang beras pula Tugas saya adalah untuk menjaga rakyat bukan tauke besar!!! I dont care!! #drakmalsaleh #YangBerkhidmat

Posted by Akmal Saleh on Monday, 25 September 2023

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan beliau yang berani dan lantang serta sanggup turun padang untuk mencari punca menyebabkan wujud masalah bekalan makanan utama rakyat di negeri itu.

Bahkan, usaha beliau turut menampakkan hasil apabila beberapa kedai di Merlimau sudah mula menerima stok beras tempatan baharu.

Perkara itu dikongsikan Akmal menerusi satu lagi video yang dimuat naik di Facebook sehingga mendapat pujian netizen.

Kita kejar satu satu dari pengilang sampai lah kepada rakyat.. Yang penting rakyat mendapat faedahnya #drakmalsaleh #YangBerkhidmat

Posted by Akmal Saleh on Tuesday, 26 September 2023

Inilah Ketua Pemuda Yang Hebat, Berani Bersuara Demi Rakyat

Untung Orang Melaka, Ada YB Buat Kerja, Good Job

Tahniah YB Akmal Saleh

Sepatutnya Semua YB Kena Macam Ni, Berkeras, Jangan Kasi Muka

Terbaik YB, Selalunya Itulah Alasan Tauke Ni, Rugi & Tiada Untung

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Soal Hak Kemanusiaan, Warga Asing Perlu Diberi Izin Beli Beras di Malaysia Termasuk Beras Tempatan” – Mat Sabu

Baca Artikel Berkaitan: PMX Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Akan Naik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.