fbpx
Now Reading
“Jangan Sampai WW3” – Respon Wan Hanafi Su Enggan Pilih Palestin Atau Israel Raih Perhatian Ramai [Video]

“Jangan Sampai WW3” – Respon Wan Hanafi Su Enggan Pilih Palestin Atau Israel Raih Perhatian Ramai [Video]

Video jawapan yang diberikan oleh Wan Hanafi Su ketika bermain cabaran ‘This or That’ telah tular di media sosial dan meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, konflik di antara Palestin dan Israel yang berlaku sejak 7 Oktober lalu masih lagi berlarutan sehingga hari ini.

Lebih menyayat hati apabila ribuan penduduk Gaza termasuk kanak-kanak menjadi mangsa serangan Rejim Zionis sehingga meragut nyawa.

Baca Artikel Berkaitan: 160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO

Susulan itu, rata-rata penduduk di seluruh dunia sudah mula ‘membuka mata’ dan menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin selain mengecam kekejaman yang dilakukan tentera Israel.

Kebanyakan selebriti dan orang ternama di Hollywood seperti Mark Ruffalo, Angelina Jolie, Bella Hadid, Rose Williams dan banyak lagi juga menggunakan platform media sosial mereka untuk menunjukan sokongan dan melakukan solidariti terhadap Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: ‘The Hulk’ Terus Pertahan Palestin & Kutuk Netanyahu

Pun begitu, masih ada segelintir yang mungkin tidak mengetahui atau memilih untuk tidak mengulas konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah itu.

Wan Hanafi Su pilih untuk tidak mengulas konflik Palestine-Israel

Baru-baru ini, nama pelakon veteran, Wan Hanafi Su menjadi sebutan netizen selepas dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu peperangan Israel-Palestin itu.

Menerusi satu video temu bual yang dimuat naik di akaun TikTok @ohmymedia.cc, Wan Hanafi yang bermain cabaran ‘This or That’ tidak mahu memilih antara Palestin atau Israel ketika ditanya dalam sebuah majlis.

“Okay boleh saya pilih, jangan sampai WW3 (World War III).  Kalau saya jawab yang mana satu, orang akan.. jadi saya tak boleh pilih,” katanya.

Jawapan yang diberikan oleh Wan Hanafi jelas berbeza dengan beberapa selebriti lain seperti Sharifah Amani dan Iedil Putra yang secara spontan memilih Palestin.

@ohmymedia.cc

Haritu team OhMyMedia terjah pelakon-pelakon ni, join challenge This or That. #ohmymedia #ommmedia #freepalestine #thisorthat #artismalaysia

♬ original sound – Oh My Media – Oh My Media

Netizen beri pelbagai reaksi terhadap jawapan Wan Hanafi

Memindai di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap jawapan yang diberikan oleh Wan Hanafi.

Segelintir netizen tidak menyalahkan Wan Hanafi sekiranya dia enggan membahas mengenai isu terbabit memandangkan dia yang sudah berusia berkemungkinan tidak mendapat pendedahan mengenai konflik yang sedang berlaku itu menerusi media sosial.

Bagaimanapun, ada juga yang mengecam tindakan Wan Hanafi kerana tidak memilih Palestin berbanding penjajah Israel, tidak kurang juga yang menyifatkan pelakon veteran itu seolah-olah bersikap neutral dalam isu berkenaan.

Namun kami lebih memilih bersangka baik, mungki aktor kelahiran Terengganu ini tidak ingin menyuarakan sokongannya terhadap mana-mana pihak kerana tidak mengetahui cerita dan situasi yang dihadapi penduduk Palestin terutamanya di wilayah Semenanjung Gaza.

Jangan terus mengecam atau menghukum, kadang-kala jawapan yang keluar dari mulut tidak sama dengan apa yang tersimpan di hati.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.