fbpx
Now Reading
“Makanan Nampak Bersih & Sedap” – Ramai Teruja Lihat Menu Kantin Sekolah Ini [Video]

“Makanan Nampak Bersih & Sedap” – Ramai Teruja Lihat Menu Kantin Sekolah Ini [Video]

Menerusi komen balas dari warganet, makanan tersebut didakwa dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan poket murid sekolah iaitu sekitar RM3 hingga RM4.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika mengimbau semula zaman persekolahan, antara yang paling diingati adalah menu yang dijual di kantin sekolah.

Bagi sesetengah sekolah di negara ini, makanan yang dijual adalah makanan yang biasa dinikmati dalam kehidupan seharian antaranya seperti nasi lemak, mee goreng, laksa dan kuih-muih.

Ada juga segelintir pengusaha kantin yang akan menjual hidangan istimewa khususnya pada hari tertentu seperti nasi ayam dan nasi tomato.

Seiring dengan peredaran zaman, menu-menu yang dijual dilihat turut mengalami perubahan mengikut selera masyarakat pada masa kini.

Hidangan Menarik & Menyelerakan Untuk Murid

Semalam, tular di Twitter (X) satu ciapan yang memaparkan menu yang dijual di sebuah sekolah. Menerusi akaun @arfdy12, menu-menu yang dikongsikan dalam gambar tersebut nyata membuat warganet teruja melihat makanan itu.

Ini kerana hidangan yang disediakan oleh kantin sekolah tersebut dilihat menarik dan menyelerakan berbanding makanan yang pernah dinikmati oleh warganet ketika zaman persekolahan dahulu.

Turut menarik perhatian adalah jenis minuman yang dijual yang berbeza di mana berbanding dahulu hanya air sirap atau air kordial biasa yang dijual kepada murid sekolah.

“Wow! Not bad makanan kantin sekolah ni! Siap ada serve air buah lagi. Zaman sekolah dulu kantin punya makanan dah macam makanan penjara,” ciap pengguna berkenaan.

Menerusi hantaran asal yang dikongsikan oleh pengusaha kantin berkenaan, difahamkan menu tersebut dijual di Sekolah Menengah Tunku Sulong Jeniang, Kedah.

Menerusi komen balas dari warganet, makanan tersebut didakwa dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan poket pelajar sekolah iaitu sekitar RM3 hingga RM4.

Suasana waktu rehat… InsyaAllah Sireh Kafe sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda semua…⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Posted by Mohd Fahmi Ahmad on Saturday, 6 January 2024

Warganet Teruja Lihat Menu Yang Dijual

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan hidangan yang sememangnya berbeza daripada makanan kantin sekolah yang pernah dilihat dan dinikmati oleh mereka.

Kebanyakannya memuji usaha pengusaha kantin berkenaan menjual menu yang sememangnya memenuhi citarasa individu pada masa kini.

Malah, ada juga yang menyatakan hasrat untuk berkunjung ke sekolah itu hanya sekadar untuk menikmati hidangan yang dijual.

Berikut antara komen warganet:

“Berapa Harga Makanan Untuk Murid-Murid Ni? Semua Sedap & Portion Banyak”

“Perghh Padu La Kantin Sekolah Macam Ni”

“Seronok Macam-Macam Ada, Dulu Masa Sekolah Takda Macam Ni”

“Kalau Mengidam, Nak Pergi Makan Makanan Dekat Kantin Ni Boleh Ke?”

Baca Artikel Berkaitan: “Tersentuh Hati Saya,” – Murid Bawa RM1 Untuk Beli Makanan Di Sekolah Undang Sebak Orang Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Putih & Kuah Kosong Bukan Makanan Yang Disediakan Untuk Penerima RMT – Dr Radzi Jidin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.