fbpx
Now Reading
“Cukuplah 9 Tahun” – Puteri Sarah Lega Sudah Fail Penceraian, Ingin Fokus Buat Umrah Dengan Tenang
Puteri Sarah tak sedih tapi lega

“Cukuplah 9 Tahun” – Puteri Sarah Lega Sudah Fail Penceraian, Ingin Fokus Buat Umrah Dengan Tenang

Jelas Puteri Sarah dia bersyukur atas ketentuan Allah SWT dan menyatakan mahu kemelut rumah tangganya itu berakhira dengan cepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Jan) pelakon, Puteri Sarah Liyana sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Keputusan untuk bercerai itu adalah jalan terbaik buat aktress berkenaan selepas bertahun-tahun berusaha untuk menyelamatkannya.

Malah dia turut menyatakan perkara tersebut telah difikirkan olehnya secara masak-masak selain menyatakan tiada peluang kedua buat suaminya itu.

Baca artikel berkaitan: “Keputusan Saya Muktamad” – Puteri Sarah Sah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof

Puteri Sarah tak sedih, sudah tiada rezeki untuk dipertahankan

Terbaharu, Puteri Sarah turut menyifatkan dia tidak berasa sedih sebaliknya lega dengan permohonan itu selain menyatakan perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun itu sudah tiada rezeki untuk dipertahankan lagi.

Memetik laporan Utusan, Puteri Sarah yang merupakan isteri pertama kepada pengarah terkenal berkenaan turut memanjatkan rasa syukur atas ketentuan Allah SWT selepas hampir lima tahun dia cuba mempertahankan perkahwinan yang bergolak.

Kebetulan tarikh sebutan kes dekat dengan ulang tahun perkahwinan

Dia dalam masa turut menyifatkan ia seperti satu kebetulan apabila mahkamah telah menetapkan 7 Mac sebagai tarikh sebutan kes pertama selepas permohonan dilakukan dan 8 Mac adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka.

“Bukan sedih tetapi lega. Cukuplah sembilan tahun saya bergelar isteri kepada Syamsul dan nampaknya tiada rezeki lagi untuk dipertahankan.

“Tarikh 7 Mac itu sangat signifikan sebab 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami. Tarikh ini pun mahkamah yang tentukan,” jelasnya ketika ditemui semalam.

Mahu berakhir dengan cepat & fokus ibadah

Ketika ditanya berhubung persediaannya yang mungkin akan berdepan dengan proses yang panjang di mahkamah untuk kes tersebut, aktres tesebut berharap agar pergolakan rumah tangganya itu dapat berakhir dengan cepat.

“Saya tak kisah kes ini berpanjangan kerana yang penting saya lega selepas failkan perceraian ini. Saya pun nak fokus ibadah sebab akan tunaikan umrah pada 26 Januari ini.

“Saya mahu jalani ibadah umrah dengan tenang dan tak mahu fikir masalah. Alhamdulillah, semuanya sudah terjawab dan mahu mulakan hidup baharu dengan anak-anak selepas pulang dari Tanah Suci,” ujar aktres itu lagi.

Maklum Syamsul sudah ‘unblock’ dan ajak berbincang

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memaklumkan bahawa Syamsul telah ‘unblock’ (nyahsekat) dirinya dari aplikasi WhatsApp selepas video kedua yang dimuat naik oleh suaminya itu pada 10 Januari lepas.

Namun, jelasnya sekiranya ada perjumpaan antara mereka selepas ini ia perlu melibatkan kehadiran peguam.

“Dia sudah unblock selepas muat naik video kedua dan dia ada ajak berbincang tetapi saya nak selesaikan semua hari ini.

“Kami tidak bertemu lagi setakat ini sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran. Dia ada hubungi semalam tetapi isi kandungannya saya tidak boleh kongsi kepada umum,” ucapnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.