Kata Rafizi, tindakan individu yang menghantar bungkusan mengandungi ekstrak ganja itu adalah satu pembaziran kerana beliau dan Anwar Ibrahim tidak mengambilnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini, BuzzKini ada melaporkan berhubung kejayaan pihak polis yang berjaya merampas bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dihantar secara terus ke alamat dua ahli politik pada Jumaat (10 Mac) yang lalu.
Ketika serbuan dilakukan, satu tiub ubat gigi berwarna hijau dan putih turut dirampas dan barangan itu juga memaparkan gambar daun ganja dengan tulisan ‘Happy Green’.
Menurut pihak polis serbuan itu dilakukan selepas mereka mendapat maklumat dari seorang penjawat awam menerusi panggilan telefon dari sebuah kementerian berhubung bungkusan tersebut selain turut mengesyaki ia mengandungi barang terlarang.
Berdasarkan siasatan lanjut yang dilakukan, polis berkata bungkusan tersebut dibeli oleh pengirim menerusi aplikasi beli belah dalam talian yang beralamat dari Indonesia.
Terbaharu identiti dua Menteri yang dikaitkan dengan perkara itu akhirnya terjawab apabila Menteri Ekonomi iaitu Rafizi Ramli memaklumkan bahawa beliau dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil barangan larang seperti ganja terbabit.
Rafizi dalam satu sidang media berkata, individu terbabit hanya membazir selain menyatakan tidak tahu mengapa ia dihantar ke pejabat beliau.
“Saya tidak tengok pun (ganja yang dihantar). Orang hantar ganja jadi (hubungi) polis datang ambil, itu saja.
“Buang duit hantar ganja sebab saya tidak ambil ganja. Saya tidak tahu mengapa ia dihantar ke pejabat dan saya tidak buka pun bungkusan itu.
“Ia dialamatkan kepada Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan saya, kamu berdua tidak ambil ganja. Sudah tentu ia dihantar ke balai polis,” kata Menteri Ekonomi itu.