fbpx
Now Reading
Perbuatan ‘Stalking’ Guna Kamera Tersembunyi Atau GPS Adalah Satu Kesalahan Jenayah
Tindakan stalking salah disisi undang-undang

Perbuatan ‘Stalking’ Guna Kamera Tersembunyi Atau GPS Adalah Satu Kesalahan Jenayah

Menurut Azalina, penambahbaikan dalam undang-undang menghendap ini bertujuan untuk menangani kes-kes dijejaki tanpa elemen secara fizikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam era globalisasi ini, tidak dinafikan bahawa dunia teknologi yang semakin canggih telah banyak memudahkan penduduk dalam pelbagai urusan.

Namun terdapat segelintir sikap masyarakat yang menggunakan teknologi yang canggih ini untuk mengancam keselamatan orang lain demi mencapai objektif jenayah mereka.

Guna kamera tersembunyi & GPS untuk menghendap adalah salah

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu bahawa tindakan menghendap atau stalking dengan menggunakan kamera tersembunyi atau menggunakan alat pengesan seperti sistem posisi sejagat (GPS) adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Jelasnya, hal itu adalah salah satu penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan dalam mewujudkan undang-undang mengenai kesalahan stalking.

“Penambahbaikan ini khusus bagi menangani kes-kes di di mana seseorang dijejaki tanpa elemen secara fizikal oleh mana-mana orang dengan menggunakan apa-apa peralatan atau apa-apa kaedah lain contohnya kemera tersembunyi atau GPS ‘tracker’ bagi tujuan menghendap dan si pelaki juga tidak berada berdekatan dengan mangsa ketika melakukan perbuatan tersebut.

“Cadangan undang-undang menghendap (anti-stalking) ini melibatkan pindaan Kanun Keseksaan (Penal Code) [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code) [Akta 593],” kata Azalina dalam satu kenyataan.

Kerajaan Perpaduan pandang serius isu stalking

Menurut beliau, kesalahan seperti menghendap atau stalking ini dipandang serius oleh kerajaan perpaduan dan mereka mahu terus komited dalam mewujudkan undang-undang.

Oleh itu, kementeriannya telah melakukan beberapa sesi dengan Women’s Aid Organisation (WAO), Majlis Peguam serta Jabatan Peguan Negara (Bahagian Gubalan dan Bahagian Pendakwaan) bagi melakukan semakan dan membuat penilaian semula berhubung undang-undang menghendap (stalking) secara keseluruhan.

Pada 24 Februari lepas, hasil dari perbincangan yang dilakukan pihak kerajaan telah bersetuju agar perkara-perkara polisi tentang kesalahan anti menghendap yang telah ditetapkan sebelum ini untuk dikekalkan dengan penambahbaikan.

Sebagai info, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) berhubung isu ini untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.