fbpx
Now Reading
“Tidak Pasti Akan Balik Ke Kedah Atau Tidak” – Perbualan Terakhir Muhammad Hattem Seakan Petanda

“Tidak Pasti Akan Balik Ke Kedah Atau Tidak” – Perbualan Terakhir Muhammad Hattem Seakan Petanda

Menurut rakan wanita arwah, dia dan Hattem sentiasa berhubung menerusi WhatsApp, panggilan telefon serta video.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan satu berita duka kematian pelumba Drag Bike International ET Record Championship 2023 Road Tour 2023, Muhammad Hattem Rashid akibat kemalangan ketika perlumbaan itu.

Pelumba muda berusia 22 tahun itu yang juga joki ESR Motor terlibat kemalangan pada hari pertama perlumbaan pada 1 pagi Ahad (3 September) di Pekan, Pahang selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dan terbabas.

Allahyarham Hattem kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang (4 Ogos) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas 12 jam bertarung nyawa.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 12 Jam Bertarung Nyawa, Joki Wakili ESR Motor Maut Akibat Kemalangan Semasa Dalam Perlumbaan Drag

Berita kematian Allahyarham Hattem yang sohor di media sosial telah mendapat reaksi ramai sekaligus menyebabkan orang ramai menitipkan doa serta sebak dengan pemergian arwah.

Perbualan terakhir arwah bersama rakan wanita seakan petanda

Terkini, rakan wanita kepada Muhammad Hattem yang dikenali sebagai Lynn pula tampil menunjukan perbualan terakhirnya bersama arwah beberapa jam sebelum terlibat kemalangan.

Menerusi perbualan mereka di aplikasi WhatsApp, arwah memaklumkan dia tidak pasti sama ada akan pulang ke Kedah atau tidak.

“Tidak pasti akan balik ke Kedah atau tidak dan kemungkinan pulang pada Isnin atau Selasa,” tulis Allahyarham Hattem.

Rakan wanita sentiasa hubungi arwah menerusi WhatsApp, panggilan telefon dan video

Menurut Lynn yang berusia 20 tahun itu, dia dan arwah sentiasa berhubung menerusi WhatsApp, panggilan telefon serta video sebelum dan sebaik Allahyarham Hattem tiba di Pahang, Sabtu lalu (2 September).

Ujarnya, Muhammad Hattem yang dikenali sejak tingkatan tiga itu ada meminta supaya menunggu kepulangannya di Kedah nanti sebaik kejohanan drag di selesai.

“Arwah akan WhatsApp dan telefon saya setiap masa. Te­ngah hari sebelum beberapa jam kejadian berlaku, dia minta saya mendoakan yang baik-baik dan tiada apa-apa yang berlaku terhadapnya di sana.

“Arwah juga ada mengatakan yang dia tidak pasti sama ada akan balik ke Kedah atau tidak dan kemungkinan pulang pada hari Isnin ataupun Selasa.

“Saya tidak sangka, mesej terakhirnya itu merupakan petanda yang dia mahu pergi buat selama-lamanya,” katanya dipetik Kosmo.

Rakan wanita terima berita kemalangan dari kawan arwah

Dalam pada itu, Lynn berkata dia menerima khabar mengenai kemalangan terbabit daripada rakan Allahyarham Hattem.

“Saya juga tonton perlumbaan itu secara langsung, tetapi tidak tahu yang dia terlibat kemala­ngan. Saya hanya tahu melalui status WhatsApp rakannya.

“Saya kemudian berkali-kali hubungi Muhammad Hattem, tetapi sudah tidak berjawab sehinggalah mendapat khabar dia dimasukkan ke hospital akibat kecederaan pada bahagian kepala,” katanya lagi.

Allahyarham Hattem pergi selepas ibunya bisik halalkan air susu

Terdahulu, media melaporkan ibu kepada Allahyarham Hattem, Muniroh Ahmad sentiasa menonton perlumbaan yang disertai anaknya, namun berasa tidak sedap hati selepas melihat Allahyarham terjatuh semasa kejohanan itu.

Lebih menyayat hati apabila Muhammad Hattem menghembuskan nafas terakhirnya di HTAA selepas Muniroh berbisik ke telinga anak bongsu daripada lima beradik itu bahawa dia telah menghalalkan air susunya.

Jenazah Allahyarham Hattem telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang, Alor Janggus, Alor Setar pada jam 12 tengah hari kelmarin (5 September).

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.