“Kalau Ada Berani Sorok Beras, Kamu Jaga, Kami Cari Kamu!” – PM Anwar
Kerajaan sebelum ini menyalurkan subsidi hampir RM400 juta bagi mengatasi isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Beras merupakan antara makanan keperluan utama rakyat Malaysia. Susulan itu, isu kekurangan atau kenaikan harga beras pasti akan membebankan ramai.
Cakna dengan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang mengambil kesempatan menyorok beras sehingga memberi bebanan kepada orang ramai.
PM arah penguat kuasa ambil tindakan tegas kepada pihak yang sorok beras
Berikutan itu, beliau telah mengarahkan badan penguatkuasaan mengambil tindakan tegas dan menyatakan kerajaan tidak teragak-agak mengheret pihak terlibat ke mahkamah.
“Saya beritahu Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) arahan jelas kepada badan penguat kuasa kalau ada berani buat perangai buruk dalam orang susah cari beras, sorok, kamu jaga, kami cari kamu dan saman dan bawa ke mahkamah.
“Tengah orang susah, ketika itu kamu hendak cari untung,” katanya semalam (2 Oktober) dipetik Kosmo.
Kerajaan salur RM400 juta untuk atasi isu beras
Terdahulu, ketika Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu berkata kerajaan menyalurkan subsidi hampir RM400 juta bagi mengatasi isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras.
Katanya, melalui pendekatan berkenaan kerajaan akan membayar subsidi kepada semua premis kerajaan yang diarahkan hanya menggunakan beras import selain subsidi bagi menurunkan harga import di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bekalan beras tempatan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Soal Hak Kemanusiaan, Warga Asing Perlu Diberi Izin Beli Beras di Malaysia Termasuk Beras Tempatan” – Mat Sabu
BACA ARTIKEL BERKAITAN: