“Perlu Tunggu Keputusan PBB”- Tok Mat Ulas Isu Hantar Tentera Pengaman Ke Palestin
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Malaysia enggan menghantar tentera bagi membantu Palestin menghadapi konflik itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Konflik di antara Palestin-Israel sehingga kini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Kemelut antara dua pihak ini nyata menarik perhatian masyrakat dunia kerana telah banyak mengorbankan nyawa individu yang tidak bersalah.
Pelbagai cara dan bentuk sokongan yang ditunjukkan oleh individu dari pelbagai latar belakang dalam menunjukkan solidariti terutamanya terhadap rakyat Palestin.
Selain daripada sokongan dalam bentuk sumbangan, ada segelintir yang lantang bersuara menerusi platform media sosial antaranya seperti Facebook, Twitter, Tik Tok dan Instagram.
Malah, ada juga yang pernah mencadangkan agar negara menghantar tentera bagi membantu rakyat Palestin menghadapi kemelut ini.
Isu Hantar Tentera Ke Palestin, Malaysia Perlu Tunggu Keputusan PBB
Mengulas lanjut berhubung keperluan menghantar tentera ke Palestin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia akan dipertimbang berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut beliau, Malaysia tidak akan mengambil tindakan sendiri berhubung perkara ini kerana negara berada di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan merupakan anggota PBB.
“Kita akan mempertimbangkan apa jua keputusan yang akan dibuat oleh PBB dan akan menilai sejauh mana komitmen yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia terutamanya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Kita dah ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih bertugas di Somalia atau pun di negara-negara Afrika.
“Jadi sebagai negara yang menyertai misi pengaman PBB, kita akan tunggu dan kita akan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia menyertai tentera pengaman ini atau pun tidak,” kata beliau.
Tidak Mahu Tergesa-Gesa Dalam Membuat Keputusan
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Malaysia enggan menghantar tentera bagi membantu Palestin menghadapi konflik itu.
Menurut beliau, ia bukanlah satu keputusan yang mudah kerana perlu mendapat persetujuan daripada negara-negara jiran Palestin.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin? Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Anwar & Zahid Ketuai 102 Individu Di Malaysia Tanda Tangan Surat Sokongan Agar PBB Hentikan Keganasan Israel