
“Dia Makhluk Perosak” – Merdekarya Dedah Pernah Diugut dan Disabotaj Oleh Pasangan Tular
Salah faham di antara pihak Merdekarya dan Alex juga menyebabkan mereka telah menerima beberapa ugutan bunuh dan khianat oleh lelaki berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan tindakan seorang pelawak wanita yang membuka tudung dan pakaiannya di khalayak ramai sewaktu mengadakan persembahan komediri solo (stand-up comedy) di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Perbuatannya yang disifatkan menghina Islam bukan sahaja menyebabkan dia dan teman lelakinya ditahan pihak berkuasa malah premis tersebut turut diarah tutup sehingga kes berkenaan disiasat.
Baca artikel berkaitan :
Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi Sudah Ditahan Polis, Direman Hingga 12 Julai
Terbaharu sebuah kafe dan bar, Merdekarya tampil membuat beberapa siri pendedahan mendakwa pasangan berkenaan sebenarnya sudah banyak kali menimbulkan masalah dengan pihak mereka.
BEBENANG PANJANG
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
So. Citer dia camni:
Alex Chandran, boyfriend/suami/entah-apa kepada Amy Si Penanggal Baju yang viral, dulu-dulu selalu jugak lepak kat Merdekarya (sekitar tahun 2015).
Kerap lepak di Merdekarya pada 2015
Menurut pengendali akaun Twitter kelab tersebut, pasangan ini dahulunya kerap berkunjung ke kelab mereka yang terletak di Petaling Jaya pada sekitar tahun 2015.
Namun sepanjang mereka berada di sana, pihak Merdekarya sering menerima aduan berhubung tingkah laku kekasih wanita berkenaan yang dikenali sebagai Alex.
Sehubungan itu mereka telah memberikan ‘kata dua’ sama ada mengubah tingkah lakunya atau dilarang dari mengunjungi bar tersebut.
So kitorang bagi dia pilihan: samada dia hentikan perangai taik dia, ataupun dia boleh belah cari port lepak lain nak buat hal. Dia pilih untuk cari port lain. Ok ah. Kitorang pun teruskan kehidupan dan lupa akan wujudnya makhluk perosak ini. pic.twitter.com/LVlZzsBXNL
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Alex kemudiannya memilih untuk tidak lagi bertandang ke kelab tersebut sehinggalah dia kembali memunculkan diri di sana pada bulan lalu bersama Amy, pasangan barunya itu.
Namun kedatangan mereka di sana adalah untuk untuk menganjurkan satu stand-up comedy diselingi dengan persembahan Alleycats selain penganjuran bengkel seks.
Permintaan tersebut bagaimanapun ditolak oleh pihak Merdekarya kerana mereka adalah kelab yang mengetengahkan kumpulan-kumpulan band selain rancangan Alex itu mempunyai elemen yang tidak sepatutnya.
Kami menolak permintaannya sebab, yelah, kitorang masih berpemikiran waras, dan lagipun Merdekarya ni tempat liveband akar umbi, bukannya tempat pesta seks berkumpulan sambil diiringi persembahan kugiran Alleycats. pic.twitter.com/lyDYdhU8re
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Perkara tersebut menaikkan kemarahan Alex yang lantas meninggalkan kelab berkenaan tanpa membayar bil makanannya berjumlah RM75 semasa berada di sana.
Dia yang pada mulanya menafikan tidak membuat bayaran kemudiannya tampil menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa sengaja berbuat demikian kerana bar tersebut bersikap kejam kerana tidak mahu membayar Alleycats agar dapat membuat persembahan di sana.
Dia mula-mula nafi tak bayar bil, dan acah-acah terhina dengan tuduhan kami. Tapi lepastu dia muatnaik kat instagram yang dia sengaja tak bayar bil sebab kitorang ni kejam tanak bayar Alleycats buat show kat Merdekarya. pic.twitter.com/Y8pEKLrkFF
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Bermulanya ugutan
Isu tersebut akhirnya melarat di mana Merdekarya mendakwa mereka mula menerima beberapa ugutan daripada Alex termasuklah bunuh dan mahu membakar kelab mereka yang dikongsikannya di media sosial.
Bukan setakat mereka, para pemuzik dan pelanggan turut berdepan ugutan sama di laman media sosial Alex. Dia turut didakwa memberikan amaran kepada pelanggan agar tidak berkunjung ke kelab tersebut atau berdepan ‘bahaya’ dibakar.
Ramai pelanggan Merdekarya juga mendapat mesej ugutan bunuh dan amaran agar jangan mengunjungi Merdekarya kalau tak nak turut terbakar bersama kami. pic.twitter.com/pYyZq7u67O
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Malah Merdekarya turut mendakwa disabotaj oleh pasangan berkenaan apabila mereka membuat laporan palsu meminta pihak berkuasa menyiasat pemilik kelab berkenaan kononnya bar itu memperdayakan orang Islam dengan makanan tidak halal.
Amy pula muatnaik komen kononnya dia "termakan" babi dan tag DBKL dan Jabatan Kesihatan Johor agar menyiasat kami. Kami tanak spekulasi kenapa dia tag Jabatan Kesihatan Johor, tapi ingin kami nasihat di sini – bak kata poster tahun 80-an – Jauhilah Diri Dari Najis Dadah! pic.twitter.com/TH9b24GcZf
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Tindakan Alex akhirnya memakan diri apabila dia didakwa di mahkamah selepas Merdekarya membuat laporan polis dan dia akhirnya dikenakan kompaun sebanyak RM100.
Setelah lima hari kami dilanda ugutan bunuh, kami membuat laporan polis, dan beberapa hari kemudian, Alex ditahan polis, didakwa di makhamah, mengaku bersalah dan dibebaskan dengan kompaun RM100.
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Bukan pelawak, hanya mahu memperalatkan kelab
Tegas Merdekarya lagi, pasangan ini sebenarnya bukanlah seorang pelawak sebalikya mereka memperalatkan kelab dan pentas seni tempatan semata-mata bagi mempromosikan budaya buruk mereka.
Namun disebabkan gagal, mereka memilih untuk menggunakan pihak berkuasa agar premis tersebut ditutup.
Apa yang terang di sini ialah pasangan Alex dan Amy nyata BUKAN pelawak dan hanya memperalatkan pentas seni Lembah Kelang untuk mempromosikan acara seks berkumpulan mereka. pic.twitter.com/A6eVXfHgpe
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Malah mereka merasakan kelab komedi tersebut sudah menjadi mangsa pasangan ini sehingga akhirnya ditutup oleh pihak berkuasa.
Pengusaha @CrackhouseKL, malangnya, tidak kenal mereka, tak mungkin tahu dan mustahil boleh jangka apa yang bakal berlaku di venue mereka sebelum Alex dan Amy naik pentas.
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022