fbpx
Now Reading
Selepas Menu Rahmah, Kini Baju Raya Rahmah Pula Bakal Diperkenalkan
jualan pakaian Raya Rahmah menjelang aidilfitri

Selepas Menu Rahmah, Kini Baju Raya Rahmah Pula Bakal Diperkenalkan

Menurut Menteri KPDN, Salahuddin Ayub, syarikat tekstil itu turut menjamin kualiti pakaian Raya Rahmah yang dijual kelak setanding dengan premium.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Inisiatif kerajaan melakukan Menu Rahmah bermula 31 Januari lalu ternyata memberikan impak yang positif apabila ia disambut baik oleh orang ramai.

Malah insiatif yang dijalankan kepada golongan B40 ini untuk mendapatkan hidangan yang lengkap dengan harga yang murah dan berpatutan.

Bukan hanya itu, pelancong yang berkunjung ke Malaysia turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan serta meminta agar pemimpin mereka untuk mencontohi dan mengaplikasikan di negara masing-masing.

Baca artikel berkaitan: Mat Salleh Puji Inisiatif Menu Rahmah, Minta PM UK Contohi Malaysia [Video]

KPDN bakal lancar skim jualan pakairan Raya Rahmah

Tidak sampai beberapa bulan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melancarkan satu lagi skim iaitu jualan pakaian Raya Rahmah buat golongan B40 bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Memetik laporan Utusan Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan sebuah syarikat gergasi di dalam industri tekstil di negara ini bersedia untuk membantu agar inisiatif itu dapat dilakukan pada Ramadan tahun ini.

“Pagi tadi saya ditemui dua ‘big bos’ syarikat itu dan mereka berbincang untuk saya sendiri melancarkan jualan Raya Rahmah dijangkan pada 24 Mac ini,” ujarnya yang ditemui selepas merasmikan Rahmah Raya di bawah Program Payung Rahmah bagi membantu kelompok miskin tegar di cawangan baharu pasar raya Aeon, di Putrajaya.

Kualiti pakaian Raya Rahmah dijanjikan setanding premium

Jelasnya, bagi pakaian Raya Rahmah, syarikat besar itu menjanjikan pakaian yang akan dijual adalah berkualiti dan setanding seperti premium.

Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu KPDN untuk membuatkan rakyat bergaji rendah gembira ketika meraikan Hari Raya pada bulan April nanti.

Malah menurutnya, di dalam kejayaan Menu Rahmah didapati tiada peniaga makanan yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan menawarkan hidangan makanan yang tidak berkualiti.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.