“Jangan Biar Ibu Sendiri Menangis” – Yusof Haslam Harap Syamsul Muhasabah Diri Di Bulan Ramadan Ini
Yusof berasa sedih melihat isu berkenaan semakin tidak terkawal apabila Syamsul mula menganggap nasihat dari ibunya untuk kembali ke pangkal jalan sebagai satu ‘racun’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masalah rumah tangga pengarah filem, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana dilihat masih berterusan dan belum menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua pihak meskipun kini sudah memasuki bulan Ramadan.
Sehubungan itu, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam berharap kehadiran bulan mulia ini dapat menjentik hati anak dan semua pihak yang terlibat dalam kemelut rumah tangga, terutama keluarganya agar bermuhasabah diri.
Yusof Haslam berasa sedih melihat isu tersebut semakin tidak terkawal
Sebagai seorang bapa, Yusof berasa sedih apabila melihat isu tersebut menjadi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat dari ibunya untuk kembali ke pangkal jalan sebagai satu racun, lapor Kosmo.
“Pada bulan Ramadan yang baik ini saya harap kita semua dekatkan diri dengan Allah, jauhkanlah hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain terutama emak sendiri.
“Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun.
“Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.
“Tidak kiralah dia mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga sana, tapi jangan biarkan ibu sendiri menangis,” kata Yusof ketika diminta mengulas tindakan anaknya bercakap tentang peranan seorang ibu dalam sidang media tergempar, semalam (22 Mac).
Yusof Haslam tidak memperincikan tuduhan anaknya tentang kecurangan Puteri Sarah
Beliau bagaimanapun tidak mahu memperincikan tuduhan Syamsul tentang kecurangan Puteri Sarah dan kemungkinan isterinya, Datin Patimah Ismail meminta Syamsul menceraikan Sarah.
Tambah Yusof yang juga pemilik Skop Production, dia enggan memanjangkan perkara yang disifatkan sekadar prasangka itu.
“Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami.”
Syamsul Yusof hadir ke mahkamah untuk failkan nusyuz kepada Puteri Sarah
Terdahulu, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah pada Selasa lalu (21 Mac).
Syamsul mendakwa Puteri Sarah telah berlaku curang dengan lelaki lain yang juga suami orang.
Menurut Syamsul, dia memfailkan tuntutan nusyuz itu adalah untuk menyelamatkan rumah tangganya dan bukanlah berniat untuk membalas dendam.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: