fbpx
Now Reading
Boleh Ke Campur Minyak RON5 & RON97, Ini Jawapan Pakcik Shell [Video]

Boleh Ke Campur Minyak RON5 & RON97, Ini Jawapan Pakcik Shell [Video]

Menurut Pakcik Shell, minyak Shell V-Power bagi RON97 dan RON100 mempunyai ejen pembersihan yang akan membersihkan enjin dan injector kenderaan sebanyak tiga kali lebih berkesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan tindakan seorang wanita menggunakan semua nozel yang ada semasa dia mengisi minyak keretannya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mentertawakan wanita itu kerana mencampurkan semua jenis minyak ke dalam keretanya.

Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan adakah akan berlaku sebarang kesan buruk sekirannya minyak RON97 bercampur RON95.

Susulan itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell tampil menjawab persoalan itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Buka 30 Stesen Shell Di India, ‘Big Boss Shell’ Bukan Calang-Calang Orang

Minyak RON95 dan RON97 boleh campur dalam tangki sama

Menerusi hantaran video di laman Instagram pakcikshell, beliau berkata tidak menjadi sebarang masalah jika RON97 dan RON95 dicampur ke dalam tangki yang sama asalkan bukan diesel.

Namun menurutnya, ada cara terbaik untuk mencampurkan kedua-dua jenis minyak ini ke dalam tangki kenderaan.

Guna RON95 beberapa kali dulu sehingga habis, baru isi RON97

Menurutnya, cara terbaik adalah dengan menggunakan RON95 dahulu sebanyak beberapa kali dan tunggu sehingga habis, kemudian barulah isi minyak RON97 ke dalam tangki kereta.

“Kalau saya, saya buat cara lain. Lepas guna minyak kuning (RON95), dua, tiga atau empat kali, gunakan sampai habis dulu lepastu baru isi minyak hijau (RON97).

“Kerana minyak hijau ini selain daripada mempunyai RON yang tinggi, ia ada ejen pembersihan. Bila guna sepenuhnya barulah kesan pembersihan itu berkesan,” jelasnya.

Shell V-Power ada egen pembersihan 3 kali kesan cuci

Menurutnya lagi, ini kerana Shell V-Power bagi RON97 dan RON100 mempunyai ejen pembersihan yang akan membersihkan enjin dan injector kenderaan sebanyak tiga kali lebih berkesan dari RON95.

Netizen setuju cara diajar Pakcik Shell

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan cara yang diajar oleh Pakcik Shell.

Mereka pada masa yang sama turut memuji cara Pakcik Shell memberi reaksi terhadap video tular tersebut dengan menjelaskan tentang cara untuk mencampurkan minyak RON95 dan RON97 tanpa menggelakkan tindakan wanita itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap Isi Minyak Diesel Dalam Enjin Kereta Petrol? Ini Langkah Yang Patut Anda Tahu

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.