fbpx
Now Reading
Gadis Luah Rasa Kecewa Tak Mampu Bayar Hutang Lepas Beri Bapa Pinjam Duit Pelanggan

Gadis Luah Rasa Kecewa Tak Mampu Bayar Hutang Lepas Beri Bapa Pinjam Duit Pelanggan

Menyedari anaknya membuat perkhidmatan personal shopper, bapa individu tersebut bertindak mahu meminjam duit bagi membayar sewa rumah dan bil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak semua orang dalam dunia ini dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan senang. Ada segelintir yang terpaksa bersusah payah dan bekerja keras bagi melalui kehidupan harian.

Malah, ada juga yang sanggup melakukan lebih daripada satu kerja atau atau melakukan kerja sampingan (part-time) demi menampung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga.

Sekiranya dilahirkan dalam keadaan yang susah namun ahli keluarga saling bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain, ia sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh pencari nafkah.

Namun, ia akan membebankan sekiranya ahli keluarga yang lain mengambil kesempatan atas usaha dan kerja keras individu dalam mencari rezeki.

Buat Khidmat PS Cari Duit Tambahan, Beri Bapa Pinjam Duit Pelanggan Buat Bayar Sewa & Bil

Begitulah yang terjadi kepada seorang individu yang menghadapi kesukaran hingga dilabel sebagai scammer gara-gara meminjamkan wang pelanggan kepada bapanya. Luahan tersebut dibuat olehnya menerusi mesej peribadi di akaun Twitter @twtsecretsmy.

Menurut individu berkenaan, dia datang daripada keluarga B40. Selain daripada bantuan zakat dan elaun, dia telah membuat perniagaan khidmat personal shopper (PS) bagi menampung perbelanjaan ketika zaman belajar antaranya seperti membeli buku dan makanan.

Menyedari anaknya membuat perkhidmatan PS, ayah individu tersebut bertindak mahu meminjam duit bagi membayar sewa rumah dan bil serta berjanji akan membayar balik wang tersebut.

Tidak sampai hati untuk tidak menolong bapanya, individu itu memberi wang milik pelanggan bagi membantu ayahnya. Namun, bapanya dikatakan tidak membayar semula duit yang dijanjikan.

Hidup Dalam Keadaan Serba Salah, Pelanggan Label Sebagai Scammer

Ini menyebabkan gadis berkenaan tidak dapat menggantikan semula duit pelanggan yang telah digunakan sehingga dilabel sebagai scammer.

Tambahnya lagi, walaupun telah bekerja selama empat tahun, dia dikatakan masih tidak dapat menggantikan semula duit pelanggan tersebut.

Malah, dia terpaksa menanggung keluarganya seorang diri apabila ibu bapanya membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas dia memulakan kerjaya.

Ini menyebabkan dia dibelenggu rasa bersalah kerana masih lagi berhutang dengan pelanggan. Dia juga kelihatan penat dengan kehidupannya dan sempat menitipkan pesanan buat semua.

“Penatlah hidup miskin. Korang jangan jadi emak bapak yang menyusahkan anak tau,” tulisnya lagi.

Foto: Twitter @twtsecretsmy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa perbuatannnya yang menggunakan duit pelanggan adalah salahnya sendiri. Bagi mereka, dia tidak sepatutnya menggunakan duit pelanggan walaupun atas alasan mahu menolong ibu bapanya.

Ada juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa bapa individu berkenaan tidak sepatutnya menyusahkan anak mereka.

Nak Tolong Parents Sekalipun Jangan Sampai Buat Dosa Atau Jenayah

Kesilapan Paling Besar Awak Tak Tegas Dan Bagitahu Pada Bapa Awak Yang Awak Tak De Duit

Ramai Tak Faham Bila Ada Emak Ayah Macam Ni, Bila Tak Bagi Merajuk

Patut Dah Kerja Bayar Duit Pelanggan Dulu, Tapi Emak Ayah Pun Melampau Lah

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Rugi RM148,000 Selepas Anak Ditipu Oleh Scammer Atas Talian

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Lelaki Dituduh Sebagai Scammer, Adik Tampil Perjelas Hal Sebenar [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.