fbpx
Now Reading
Aksi Sekumpulan Cikgu Tolong Cuci Rambut & Buang Kutu Pelajar Sekolah Pedalaman Raih Pujian Ramai [Video]

Aksi Sekumpulan Cikgu Tolong Cuci Rambut & Buang Kutu Pelajar Sekolah Pedalaman Raih Pujian Ramai [Video]

Menurut guru lelaki berkenaan, tujuannya memuat naik video tersebut hanya sekadar mahu berkongsi sisi lain berkenaan tugas guru yang tidak ramai orang tahu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tugas utama guru adalah mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Seseorang itu juga boleh menggunakan ilmu yang diperolehi bagi menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.

Namun, pada masa kini, tugas guru tidak hanya terhad kepada mendidik semata-mata malah, menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar juga sudah menjadi tanggungjawab antara tugas yang digalas oleh seorang guru.

Guru Ramai-Ramai Cuci Rambut & Buang Kutu Pelajar Sekolah Pedalaman

Bagi memastikan kesihatan dan kebersihan pelajar terpelihara, sekumpulan guru di percayai dari Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan mengambil inisiatif bekerjasama merapikan penampilan dan kebersihan pelajar sekolah mereka.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun TikTok @cikguoffroad, kelihatan beberapa orang guru lelaki dan perempuan mencuci rambut pelajar sekolah pedalaman tersebut yang dipercayai mempunyai kutu.

Malah, kelihatan beberapa orang guru yang dilihat menggunakan syampu bagi membersihkan kepala pelajar serta mencari dan memicit haiwan serangga kecil itu.

Bukan Mahu Menunjuk, Sekadar Berkongsi Kisah Guru

Menurut guru lelaki berkenaan, tujuannya memuat naik video tersebut hanya sekadar mahu berkongsi sisi lain berkenaan tugas guru yang tidak ramai orang tahu.

Tambah lelaki itu, tugas mereka bukan sekadar mendidik namun juga menyantuni pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

“Kebersihan sangat perlu. Aku cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.

“Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri. Semua guru begini. Saat mereka hadir ke sekolah, itupun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.

“Maka inilah kisah kami di belantara. Kami tidak berjoget. Kami tidak terkinja kinja. Kami hanya melakukan apa yang perlu. Begitulah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

@cikguoffroad

Kebersihan sangat perlu.Aku cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri.Semua guru begini.Saat mereka hadir ke sekolah, itupun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.Maka inilah kisah kami di belantara.Kami tidak berjoget.Kami tidak terkinja kinja.Kami hanya melakukan apa yang perlu.Begitulah. #cikgutiktok #gurupedalaman #sekolahpedalaman #muridorangasli #orangaslitemiar #cikgusekolah #sekolahkurumahku #amanahkami

♬ Sedekah – XPDC

Video Raih Perhatian & Pujian Dari Warganet

Perkongsiannya itu nyata menarik perhatian dan mendapat pujian daripada warganet. Rata-rata memuji kumpulan guru berkenaan yang sanggup mengambil inisiatif sedemikian dalam memastikan kebersihan pelajar terpelihara.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman serupa membuang kutu di kepala anak murid masing-masing.

Berikut antara komen warganet:

Hebat! Tahniah Cikgu-Cikgu!

Bagus Cikgu Sekolah Ni, Tak Semua Cikgu Nak Bantu Masalah Rambut Ni

Terbaik Cikgu Pedalaman, Nanti Ini Semua Jadi Kenangan Masa Depan

Suami Saya Pernah Buat Macam Ni Juga Dekat Pelajar Dia

Saya Dulu Kerja Tadika Swasta, Sampai Habis Kutu Budak Saya Kerjakan

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Guru Dipuji, Sanggup Ulang Alik Redah Hujan Bawa Payung Untuk Ambil Pelajar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Murid Pakai Kasut Dengan Tapak Hampir Tercabut, Cikgu Beri Kejutan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.