fbpx
Now Reading
“Welcome Matty Healy” – Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia & Persoal The 1975 Tidak Dicari Interpol

“Welcome Matty Healy” – Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia & Persoal The 1975 Tidak Dicari Interpol

Selain mengucapkan ‘selamat datang’ kepada Healy, Chia turut mempersoalkan mengapa vokalis itu tidak dicari oleh Interpol selepas dia melanggar undang-undang di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (21 Julai) lalu, tular video di media sosial menunjukkan tindakan tidak sopan vokalis kumpulan Pop Rock UK, The 1975 iaitu Matty Healy ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 (GVF 2023).

Dalam video yang tular dimuat naik oleh penonton vokalis berkenaan memegang botol arak, menghina undang-undang negara mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan juga transgender (LGBT) serta mencium pemain bass kumpulan berkenaan iaitu Ross MacDonalds.

Tindakan tidak senonoh dilakukan vokalis tersebut telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang kemudian mengarahkan penganjuran konsert itu dibatalkan serta merta.

Selain dibatalkan, pihak Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), badan di bawah Kementerian Komunikasi & Digital (KKD) telah bertindak menyenaraikan hitam kumpulan berkenaan dari melakukan persembahan di Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Pamer Aksi Biadap Di GVF2023, The 1975 Kena ‘Banned’ Dari Buat Persembahan Di Malaysia

Baca artikel berkaitan: Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

Baca artikel berkaitan: Hina Undang² Malaysia & Cium Bassist The 1975 Semasa Perform, Ini Kontroversi Lain Babitkan Matty Healy

Ucap selamat datang kepada Matty Healy

Susulan daripada penularan video tersebut pelawak kontroversi, Jocelyn Chia dengan sinis telah mengucapkan selamat datang kepada Healy dalam kumpulan ‘cool kids’ yang dipercayai merujuk kepada golongan individu yang di ‘canceled’ (tidak disukai) oleh Malaysia.

Malah dia dalam ciapan di Twitter itu turut mempersoal mengapakan kumpulan British itu tidak ditahan oleh polis antarabangsa (Interpol) disebabkan mereka telah melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara ini.

“Selamat datang Matty Healy dalam kumpulan ‘cool kids’ yang di ‘canceled’ oleh Malaysia.

“Namun sekejap, mengapa tiada gesaan untuk menangkap dan Interpol tidak mengesannya kerana telah melanggar undang-undang di Malaysia.

“Adakah Malaysia sudah berlembut?” soal pelawak itu.

Persoal adakah Healy tidak dikesan kerana berkulit putih

Malah dia dalam masa sama turut mempersoalkan adakah vokalis itu tidak dikesan kerana merupakan seorang yang berkulit putih.

Malah dia seolah-olah menyindir yang Malaysia tidak mengamalkan sikap ‘double standard’.

“Adakah kerana dia seorang lelaki berkulit putih? Itu tidak mungkin. Malaysia tidak mungkin bersikap ‘double standard,” tulisnya lagi.

Terdahulu, tular video memaparkan Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia dan MH370 sebagai bahan lawaknya sehingga membuatkan ramai yang kurang senang dengan tindakan tersebut.

Ekoran dari kejadian itu pihak Polis Diraja Malaysia kemudian memohon bantuan dari Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan maklumat penuh identiti serta lokasi pelawak berkenaan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.