fbpx
Now Reading
Upload Gambar Tisu Mydin Dengan Topi & Beras, Ramai Syak Aeril Zafrel Bahan Caprice

Upload Gambar Tisu Mydin Dengan Topi & Beras, Ramai Syak Aeril Zafrel Bahan Caprice

Menerusi gambar tersebut, terlihat gambar yang memaparkan tiga barangan yang diletakkan atas meja iaitu topi, beras dan tisu jenama Mydin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kelmarin, 19 Oktober tular di media sosial luahan hati penyanyi Rap, Caprice yang kecewa dengan satu ciapan yang dilakukan akaun Twitter rasmi rangkaian pemborong dan peruncit tempatan terbesar di Malaysia, Mydin.

Caprice di dalam luahan itu mendakwa ciapan tersebut yang menyebut nama ‘Cap’ dan ‘Rice’ telah memalukan dirinya.

Sehubungan itu dia memberikan tempoh 24 jam agar pihak Mydin memohon maaf dan menurunkan hantaran berkenaan atau berdepan saman sebanyak RM30 juta.

Baca artikel berkaitan: Bengang Dijadikan Bahan Lawak, Caprice Beri Mydin 24 Jam Untuk Minta Maaf Atau Berdepan Saman RM30 Juta

Aeril Zafril didakwa turut membahan Caprice

Disaat isu tersebut belum reda sepenuhnya, kini giliran pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafril pula yang didakwa turut ‘membahan’ Caprice di dalam media sosial miliknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, terlihat gambar yang memaparkan tiga barangan yang diletakkan atas meja iaitu topi, beras dan tisu jenama Mydin.

Foto: Instagram/aeril_zafrel

“Ini dah jumpa depan-depan, apa lagi gaduh la, tak akan diam je. Sekadar mengeruhkan keadaan,” tulisnya di kapsyen.

Hantaran itu telah menghiburkan netizen

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan perkongsian tersebut yang seakan berani menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Malah, ada yang berseloroh bawa segala rahsiah Aeril akan dibongkarkan oleh Caprice tidak lama lagi.

Namun Aeril kemudiannya memaklumkan posting berkenaan hanya satu gambar biasa dan tidak membabitkan mana-mana individu.

“Disclaimer hanya gambar biasa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada.”

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Caprice apabila dia meninggalkan emoji mata pada ruangan komen.

Mendapat maklum balas Pengarah Urusan Mydin

Terdahulu, media melaporkan isu yang melibatkan Mydin dan Caprice itu mendapat maklum balas dari Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Beliau yang terkenal dengan gelaran Bos Mydin menegaskan pihaknya langsung tidak menyebut nama Caprice di dalam ciapan tersebut.

Bahkan ciapan dan hantaran yang dimuat naik di semua platform media sosial Mydin tiada sebarang unsur perlian atau menghina mana-mana individu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.